Showing posts with label CAKE. Show all posts
Showing posts with label CAKE. Show all posts

Apam polkadot with custard filling

Assalamualaikum w.b.t



Lamanye tak update blog ni..mane tak nye.. busy...busy..busy.. kerja yg tak sudah2..nak jenguk blog sendiri pun tak tersempat.. tp klau dh ade yg meminta, tak sampai hati rase nye khaera nk menghampakan. Apam polkadot ni mmg ramai peminatnye. Ada satu lg yg best kat apam polkadot ni.. klau dah cuba sebiji, susahnya nak berhenti.. lepas sebiji,..sebiji lg..kemudian sebiji lagi.. tak sedar dah berlapis2 kertas cwn yg dah guna tu tesusun aje tunggu untuk dibuang... tahu tahu dah 10 biji masuk mulut rupenye..


Tapi untuk apam dot dot khaera ni, filling nye kite letak custard filling. Sebab dah selalu org letak filling strawberry or blueberry, apa kate kite cube vanilla custard. U ols semua pon bole cuba mempelbagaikan filling. As long as sedap je kat anak tekak u ols, libass jerr . Takde sape nye yg nk marah haihh.. nak buatnye pun mudah.



Wokeh.. mmg ada bnyak resepi kat tenet.. no problem, u ols bule cuba mana2 pon and hasilnya tetap marveles. begitu juga dengan corak2 kat atas apam tu.. Ade yg nk macam angry bird, ad yg lady bird, spongebob..its up to you yg penting masuk mulut sedappp....

Khaera buat apam dot dot ni guna resepi dari blog Kak CT Delima. yerrr, akak yg femes ngan kamera2 nyer tu.. I loikeee..bab2 gadget2 ni mmg Khaera suke juga.. especially kamera, tp setakat suke ajer la.. gambar2 kite ni pon pakai 650D jer..but alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan dan masih lg dlam proses menggodek2 specificationnya..

yerlah..yerlah.. nak resepi kan... jom..

Resepi asal bole klik kat blog Kak CT Delima

Bahan2 nye:

3     biji telur (yg telah disejukkan dlm fridge)
250 gm gula castor
250 gm tepung superfine
30   gm tepung gandum
2     tsp baking powder
1     tbsp ovelette
160 gm santan pekat / 1 kotak santan (kotak kecil)
2    tsp vanilla essence

Cara2 nya:
Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk pengadun. Pukul adunan dengan kelajuan maksima sehingga adunan kembang. Pastikan ovellette tidak berketul2 dan sebati dengan adunan.

Bahgikan adunan kepada bahagian2 untuk di warnakan.

Paipkan dalam papercup yg dialas dengan mangkuk steel yg sesuai supaya waktu megukus nanti adunan naik  dengan cantik dan tak banjir melimpah keluar.

Paipkan pula filling ditengah2. Kemudian paipkan semula adunan sehingga hampir penuh cup dan dot dot kan di atasnya.

Kukus dengan api yg sederhana selama 15minit. Jangan lupa alas penutup pengukus anda dengan kain bersih supaya air wap tak tiris diatas apam dot dot anda.


cuba bermain dengan pelbagai warna

paper cup siap disusun

anak dara sorang ni, apa ummi die buat, semua dia nak buat..tu tengah amek gambar latu konon2, kite punye tripod pon jadi...


hasil yg gebus..sangat memuaskan..




Bahan2 filling:
3 tbsp tepung custard
3 tbsp gula
1 cwn susu cair
1 bj telur
1/2 cwn air
1 tsp vanilla essence

Cara2 nya:
Masukkan semua bahan2 kedalam periuk. Masak dgn api perlahan sambil kacau perlahan sehingga adunan pekat dan likat. Sejukkan dan masukkan dlm piping bag. Sedia untuk di gunakan.



option filling,

Filling strawberry homemade.
Bahan-banahn:
500 gm strawberry fresh fruit ( di blend hingga hancur)
3 tbsp tepung jagung
3 tbsp gula
1 1/2 cwn air
1 tsp strawberry paste

Cara-cara:
Kesemua bahan dimasak hingga pekat dan sejukkan. juga boleh dijadikan jem roti atau waffles.
Strawberry bole jg digantikan dengan bluberry..mangga ke..terpulang.. 


sebelum menutup tirai khaera ingin mengucapkan "HAPPY DEEPAVALI" buat kaum India dan juga buat muslimin serta muslimat, SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM. Semoga kehidupan kita bertambah baik dan diberkati hendaknya. Selamat datang tahun baru.




ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under , | 3 Comments

CHOCOLATE MOUSSE ON MOIST CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum..


Sekarang ni musim hujan.. kt KL hari2 hujan..klau basuh baju tu mmg alamatnye kne dua kali jemur le gamaknye klau cuaca begiini.. Tapi bab hujan ni ade gak yg syok nye kan..rase nak buat taik mate jer.. Klau petang2 buat kek panas2 memang terangkat lah kan..

Moist Chocolate cake with chocolate ganache with chocolate mousse


Hari minggu hari rileks dari beban kerja yg tak berhenti2 malahan makin meningkat..aduii.nk patah pinggang rase tp ape kan daya dah nama kerja. tapi tempahan tetap diterima..hikhik klise je ayat..



Kek di tempah oleh saudara suami meraikan hari ulangtahun isteri dan anak comelnyer..

alor comeynyer Zufar.. gerammm kat pipi die!!


Kek yg diminta kek coklat berbentuk hati dan khaera variasi kan hiasan dengan coklat juga. Hasil pembelajaran ke kelas chocolate homemade dulu tak dilupakan dan cuba diaplikasi kan dlm decoration. Harap beliau puas hati dan gembira dgn hasilnya.




buat insan-insan yg istimewa


ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under , | 1 Comments

Kek Lapis Cheese Blueberry

Assalamualaikum..
Selamat hari isnin..
Semalam pergi seminar.. terasa kerdilnya diriku ini apabila berdiri di sebelah orang-orang KAYA ..tp yg paling best mereka bukan shaja kaya wang..tp kaya dengan hati dan budi pekerti.. berdiri disatu sudut tp org dtg nonstop untuk bertanya ilmu.. dgn senyuman die menjawb segala persoalan yg diberi..kagum..kagum.. itulah JUTAWAN BIHUN.. tengok personality yg simple, dgn kemeja dan seluar..simple aje..siapa sangka die seorang JUTAWAN.. haa sape yg dah thu tu..bagus2..siapa yg tak tahu tu meh nanti khaera cite..

Actualy entri kali ni bukan nk cite pasal jutawan.. tp nk cite psal satu ilmu yg dimanfaatkan oleh ramai orag ..itulah yg menajdikan kite KAYA dunia & akhirat.. Jangan kedekut.. lagi bnyk kite memberi lg bnyak Allah bg rezeki kat kite.. dan jangan lupa smpai-smpaikan ilmu wlau sekelumit kerana apa yg bermanfaat itu akan besar pahala buat kite.. mcm kek lapis... erkk?? kek lapis???...



hehe..meh nk cite..khaera ni xminat buat kek lapis..sbb nye memerlukan kesabaran yg tinggi untuk melapis...rasanya khaera tak sabar.. tp entah mcm mana, raya haritu, pergi ke rumah seorang sahabat yg menghidangkan kek lapis. sedap juga kek lapis.. dannnnn haaaa, mula la terjebak.. cari resepi... maka singgah menyinggah lah ke blog yg mmg femes dgn kek lapis nye.. maka terhasil la kek lapis.. check punye check barang2 semua pun ada kat dapur..apa lagi..get ready to whisk la. risau gak tak jadi sbb dah lama tak melapis kek yg bnyk lapis ni..selalu buat brownie 3 lapis je..itu pon jenuh rasa.. tp dek kerana dah terjebak ngan kek lapis sarawak ni..haaa mek kau..kul 2 pagi baru siap melapis.. huhuhu..

tp nk cite kat sini, kek ni mmg sedap..tak muak pun..lepas sepotong, sepotong ..dua potong pastu berpotong2..ehhehe.. anak prmpuan khaera pon.. kejap2.." ummi nk kek.."




apapun terima kasih buat tuan empunya yg share resepi ni. dapat le kite merasa kek lapis ni.. rasanya ramai yg dah try resepi ni..tp khaera baru nk try, maklumla baru nk berjinak-jinak dlm dunia lapis melapis ni.. InsyaALLAH lepas ni khaera akan cuba kek lapis yg lain pula..



selamat lapis melapis... =)

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!

KEK KARAMEL PELANGI

Assalamualaikum.. salam hujung minggu.. bestnya rehat-rehat..santai-santai.. bila hari bekerja, duk pulun kerja sehari suntuk..kerja yg bertimbun.. memang letih.. bila dapat berehat dirumah, tenangnya rasa. dengan melihat keletah anak, melayan kerenah anak memang mendamaikan hati. Touching pulak.. huhuhu..

Touching touching jugak..apa entry kalini? KEK KARAMEL PELANGI. last week khaera memang busy menyiapkan tempahan kek dari seorang pelanggan. Nanti khaera upload gambar kek tempahan yea.



Sabtu lepas kononnya nak biskut..tp mcm nak buat kek.. erm dah pening dah..
teringat pulak mase khaera bersembang2 dengan rakan sepejabat pasal kek karamel ni.. khaera pun try la buat, bole bwk office nanti untuk merasa sama-sama. Actually khaera pernah buat kek karamel. tapi tak sempat nak snap gambar, dah selamat. Kebetulan ada saudara datang rumah, khaera pun menjamu tetamu. So, ingat entry kalini dapat la letak gambar dan hasilnya alhamdulillah tak mengecewakan.

Khaera ambil resepi dari blog e-na lovely kitchen. tak mengecewakan, ada tunjuk sekali step by step.

Kek yang simple dah mudah untuk diaturkan. tak memerlukan baha-bahan yg banyak. tapi menghasilkan rasa yang marvelous gitu. Puding karamel yang manis dan kek yang gebu, kasi leleh ayaq liur..

Untuk resepi, khaera cnp kat KC dan ada yg khaera adjust ckit untuk rujukan sendiri. Bagi siape yg berminat nak cuba resepi asal bole ke blog cni yea.

KEK PUDING KARAMEL @ KEK KARAMEL PELANGI

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm -khaera guna 9 inci
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding
  • 400ml fresh milk / susu cair -khaera guna 1tin susu sejat
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengadun (untuk merengue)
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Pastikan bahan-bahan sebati dan gula terlarut. Ketepikan. Kemudian kita Sediakan pula bahan untuk kek pelangi.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
Bahan-bahan untuk lapisan kek pelangi.
Adunan 1 (Meringue)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan 2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor -khaera gula gula pasir yg di blender
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi berselangseli. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti) - xbuat =), dah nak bakar baru khaera masuk kan air.. terlupa.. jd khaera tambah masa pembakaran dengan guna api bwah selama 10min.
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

Encik suami duk tanya, sikecil pulak dah terguling menunggu ummi ptong utk dia... hehehe.. anda pula?
SELAMAT MENCUBA!!




untuk rujukan khaera:
---8 biji telur diperlukan.
(2 putih telur & 5 kuning telur) - untuk puding
(3 putih telur-baki dr puding & 3 putih telur) -untuk merengue
(3 kuning telur -baki merengue) -untuk adunan kek

--- bakar dgn suhu 140 darjah selama 1jam api atas bawah & 10min api bwah.

---keluarkan kek gunakan pisau untuk lekangkan bahagian tepi supaya puding keluar cantik dan tidak ada yg melekat atau pecah.



ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

Selamat Pengantin Baru

Asslamualaikum,

One sweet entry for kak siti dari Ampang..Thank you and tahniah.. She wish to have a cake for her son's wedding..


KEK INSIDE: SBLC ~ with white choc ganache and fresh cream

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

PANDAN LAYER

Assalamualaikum,

Fuh, klau u allz perasan banyak entry khaera pasal kek SBLC je kan..huhuhu.. almaklumla kek terhangat di pasaran khaeracottage.. but this entry will telling about PANDAN LAYER.. huhuhu..
khaera suke buat kek ni..saat memasak lapisan custard nya..bau aroma daun pandan pasti menyelinap seluruh pelusuk umah n dapur khaera.. khaera lebih suke menggunakan bahan2 natural and for your info khaera guna rebusan air pandan untuk mendapatkan aroma dan rasa asli pandan tue..

secebis gambar kek2 yg sedang di tunggu untuk collection..chocolate moist, strawberry cheesecake dah pandan layer..

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

HAPPY BELATED BIRTHDAY!!

Assalamualaikum viewers,

Setelah seminggu berhempas pulas menghabiskan tempahan-tempahan..alhamdulillah...

Bertemu di majlis pertunangan sepupu, makcik khaera di Cheras berbisik "ehh, cikna nak kek la satu..besday cikna kan kelmarin..".olorlorlor..comey je makcik doktor saya ni ..

so then i tried to create the best for her..STEAM BROWNIES LAYERED CHEESE CAKE..with CHOCOLATE GANACHE dan chocolate truffle sebagai hiasan..before this khaera different choc ganache, but this time khaera try make it differ than usual..apakah yg differ itu???..hehehe..

khaera is one of the followers tegar kak Rima..klau tak buka Bisou A toi hari2 tak sah, dia lah antara sumber inspirasi khaera and i am sure a lots of bakers out there will say the same.
i wish i can do a lovely and a beautiful and marvelous cake like her did.. sangat2 berterima kasih kerana k.rima banyak berkongsi ilmu dan petua dlm blog nya..
Link


hasil nyaa.. tak secantik y k.rima buat..huhu.. needs more training..

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

Dak pian engangement

Assalamualaikum..

Hari yang mendung dan hujan..k.L dah beberapa hari ni duk hujannn je.. Syahdu je.. tp membaking harus diteruskan.. Sabtu lepas, khaera dah janji dgn sepupu nak buatkan kek untuk hantaran pertunangan..warna tema warna biru muda..acecececeeehh, zaman sekrang main tema-tema je..haa senag org nak prgi majlis kawen. nak cari umah pengantin tgok warna khemah..haa klau btul, sah la tu kan...

oK,..Maka inilah hasilnyaa...

Bunga2 gtuee..
Kek Cheese Kapas Jepun with buttercream... klau yang dah tgok entry lepas, haa kek tu sama lah mcm kek yg dlm ni..

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 2 Comments

Soft as cotton as japanese..

Assalamualaikum...
khaera suke entry ni..kerana bila tengok je kek ni...leleh ayaq liuq.. kat office salu dapat souvenirs kek dari bos yang balik dari Jepun.. bagus dorang ni..murah hati..ke nak amek hati??hehehe..and one of the most yg paling best dorang bwk blik adalah cake yg selembut segebu se..semua lah kan..

well khaera mmg hantu cheese.... untuk tatapan semua, ini lah hasilnya.. kalau nak tengok besar lagi boleh kat gambar ye..jangan malu-malu..jangan segan-segan..

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

Dari jauh untuk yang jauh

Assalamualaikum..
simle enrty for this time kerana gambar nya juga simple..my beloved sister in-law as usual pulang dari Sarawak, mesti nak sebiji kek kegilaannya ni..so, for lovely viewer hanya secebis gmbar ini yg dapat di publishkan..

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

Yogurt Orange Cake

Assalamualaikum,

Lately banyak angat tempahan, jadi khaera xsempat nak uplod bnyak kek..this cake khaera dah lame buat, tp baru ni berkesempatan nak uplod. Alkisahnya bermula bila buka peti ada yogurt.. kebetulan sister in-law bagi buah limau oren bnayak..ermm mula planning ingat nak buat orange yogurt mousssee..tapi entah macm mana duk tukar fikiran..tangan pulak duk gatal cari resepi kat intenet..sekali terjumpa lah satu ni..very the simple..

Kek ni sedap, moist je and tak manis sangat..rasa orange yang asli kerana tak perlu perasa tambahan, hnya menggunakan perahan limau asli sahaja.. u all bule cuba..resepi nye nanti khaera tuliskan nanti ye..entah kat mana letak nye..huhu ade kat baking room tu..nak menaip nye tu yg "M"..


ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

Appreciate your parents..

Assalamualaikum...

Entry kalini dramatik ckit..kek ni ade story..
This cake ordered from my lovely colleague, Eppie-chan..nak buat surprise for her parents..

Story begin.. Eppie-chan would like to surprise for her parent's anniversary..yg ke 28tahun kot...whoaa..well knon2 ade delivery barang kat umah.. whoaa drama pun bermula bila her mother yg receive the box.. die takut nak buka rupenye dah ditakutkan dengan ular plastik few days before.. but as an actor(aka my husband) suh buka..and tadaaaaaaaaaaaaaaaa..

theme of japanese decoration of sakura..buleh tak?..lol..
so, ini lah die cake surprise dari anakanda tersayang buat bonda dan ayahanda tercinta semoga bahagia ke akhir hayat..the best moment..hargailah ibubapa selagi mereka ada...isskkk...

dan, terima kasih buat eppie-chan..kerana telah menambah satu lagi collection dalam khaeracottage...

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

Lecturer's cake

Assalamualaikum,
Dah lama jari jemari ni tak membuat entry, maaf sangat kerana khaera begitu sbuk, sampai anak pun pos kat ibu di kampung..huhuuhu.. amboi, pos yek..bukan ler begitu gamak nye, mmg anak pun dah almost sebulan tak jumpe grandparents nye kan...ok stop melalut about the introducing..

Title kalini gempak cket.. actually this entry regarding the cake yang khaera dpt dari seorang yang pernah memberi ilmu kepada khaera 8tahun lalu..fuuhhh lame tuuu..

Dpt call dr seorang wanita, lembut je suara..bila perkenalkan diri..sebut je nama..dupdap jantung..my ex-lecturer you knw.. whoaaa..dia nak tempah kek untuk anak perempuan nya..



American Chocolate Moist..

Memang bergetar gak tangan nak membuat kek lecturer nih..almaklum la..dulu belajar lain dibuatnye..skrang lain yg dibuatnye..anyway thank you so much to Mdm. Cik ku Haroswaty..

Khaera mohon maaf andai ada kekurangan, and mdm pun dah bersusah payah dtg rumah buruk sy tu..and kene tunggu lama pulak..aduhai..amat dikesali.

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

ENGAGEMENT CAKE


Strawberry cheese cake version "engangement"...


Di tempah oleh seorang cikgu yg cantik manis...untuk dijadikan hantaran di hari pertunangannye..TAHNIAH ye cikgu..n terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada khaera..





ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

STRAWBERRY SOFT COTTON CHEESE CAKE

Assalamua'laikum wbt....

Semalam satu malam xtido...smpai pkul 7 pagi menyiapkan tempahan 3 biji kek dr kwn akk ipar...yg ni die nak bg for her beloved mother...dlm entry bfore khaera ada show pic yg oval saiz..so this time saiz of 9" berat dlm 1kg...hope her mother will like..




kek yang sgt meriah dgn strawberry pie filling on top... skali rase sure nak lagi..mcm cikgu eba..huhuhu..anyway thank you very much for ur order.. jauh perjalanan kek ni..ke Perak nuunn..


ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 2 Comments

STRAWBERRY SAVANNAH

Salam to all viewers,

entry kalini khaera nak introduce kek padang rumput strawberry.. dalam kata erti lain STRAWBERRY SAVANNAH..huhuhu dramatic je nama..
this time the mother of the cute girl tu which is my s.i.l , request nak letak gmbar daughter die..
so tanpa melengah masa, khaera pun membuat tempahan di leaoven ..rasanya ramai kot yg tahu blog ni.. very convenients..

dari atas

dari dekat ckit..nak kasi tunjuk scallop cream tue..cantik kan..(perasan LOL).. thanks to my teacher noor coz ajar khaera..



dari sisi..tak sah klau takde strawberry, dah nama nye pun strawberry savannah kan..suh kasi letak buah yang ada daun terus..etika menghias: "janji cantik"..huhihuhi


cake sebelum di potong


haaa..ini lah dia rupe sebenar kek padang rumput nih.. strawberry filing yang melimpah ruah..meleleh-leleh... kepada strawberry and cheeseyy lover..you should try this!!





ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

REDVELVET

REDVELVET CAKE order from kwn k.na.. die kate die prnak rase kek ni mase khaera buat kek untuk anak saudara haritu.. neway terima kasih yea..jauh perjalanan kek ni..ke Kuantan tu..

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

BROWNIES LAYERED CHEESE CAKE lagi...

Salam semua, entry kalini still about BLCC.. =).. tak sangka khaera kek ni menjadi buruan..

repeat order dari Safura..ingat tak??..yg member khaera kat MFI tu?..last time die order untuk fiance die...this time for her mother n brother i guest?..then ini la hasil nya..

shoot mase blom letak tag nama..
decor with chocolate 'love' n 'flowers'..pink beaded


yg ini pulak, kredit to kak khadijah (pandan indah) and thanks to kak nora kerana beliau telah mem 'promote' kan kek ni..

sebelum di 'kotak' kan..untuk delivery..



ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments
Older Posts Home





    Followers


Recent Comments