NESTUM RANGUP

Salam,

seperti yg dijanjikan, nak letak entry pasal biskut ni. khaera dah lama nak buat biskut ni. Tapi tak buat-buat. asyik belek-belek majalah berkali-kali. Akhirnya kentalkan hati buat jugak. Biskut ni antara yg khaera highlighted nak cuba. Lama dah beli majalah, duk pendam rasa je bila lah nak mencubanye. Alhamdulillah, sampai juga seru nak buat.

Rasa biskut ni unik, ada rasa nestum dan kelapa. Lemak, masin dan rangup. Orang buat biskut nak raya ye. Tapi apa salahnya, lagipun biskut ni sedap, sesuai dimakan bila-bila masa pun. Anak dara sy yg sorang tu asyik la duk mintak ummi nak bicikut katenye..ermmm.. Mungkin sebab ada chocolate diatasnya kan..khaera buat 2 version, dengan white chocolate dan milk chocolate.
Fresh dari oven. Hasil yang ditunggu-tunggu. U can see that.. isi-isi yg terserlah kelihatan..i loike.. i loike..
resepi.. dari majalah. Oklah, dah tengok gambar, kita tengok resepi pulak ek..

BISKUT NESTUM RANGUP
Source:SAJI Keluaran khas Ogos 2011
Resepi: Chef Lusiana Adnin

Bahan-bahan:
200gm mentega
70gm gula halus
1bj kuning telur
30gm tepung jagung
200gm tepung gandum
20gm badam kisar
60gm nestum
20gm emping kelapa
1/2 sudu makan esen vanila

Cara-cara:
1.Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang.
2.Kemudian masukkan kuning telur. Pukul sehingga sebati.
3.Selepas itu masukkan pula tepung jagung, tepung gandum, badam kisar, nestum, emping kelapa dan juga esen vanila. Uli sampai menjadi doh.
4.Canai dan terapkan mengikut acuan yg disukai.
5.Bakar pada suhu 170 darjah celcius sehingga kekuningan. Hiaskan dengan coklat cair.


Rasa yg tak mengecewakan. Terima kasih kepada Chef Lusiana kerana prepare resepi ni. Boleh tengok websitenya juga disini. Chef ni juga menyediakan catering. Pelbagai jenis makanan, khaera tertarik dengan chinese food halal yg disediakan. Juga kredit kepada Majalah Saji Keluaran Khas Ogos 2011.

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

KEK KARAMEL PELANGI

Assalamualaikum.. salam hujung minggu.. bestnya rehat-rehat..santai-santai.. bila hari bekerja, duk pulun kerja sehari suntuk..kerja yg bertimbun.. memang letih.. bila dapat berehat dirumah, tenangnya rasa. dengan melihat keletah anak, melayan kerenah anak memang mendamaikan hati. Touching pulak.. huhuhu..

Touching touching jugak..apa entry kalini? KEK KARAMEL PELANGI. last week khaera memang busy menyiapkan tempahan kek dari seorang pelanggan. Nanti khaera upload gambar kek tempahan yea.



Sabtu lepas kononnya nak biskut..tp mcm nak buat kek.. erm dah pening dah..
teringat pulak mase khaera bersembang2 dengan rakan sepejabat pasal kek karamel ni.. khaera pun try la buat, bole bwk office nanti untuk merasa sama-sama. Actually khaera pernah buat kek karamel. tapi tak sempat nak snap gambar, dah selamat. Kebetulan ada saudara datang rumah, khaera pun menjamu tetamu. So, ingat entry kalini dapat la letak gambar dan hasilnya alhamdulillah tak mengecewakan.

Khaera ambil resepi dari blog e-na lovely kitchen. tak mengecewakan, ada tunjuk sekali step by step.

Kek yang simple dah mudah untuk diaturkan. tak memerlukan baha-bahan yg banyak. tapi menghasilkan rasa yang marvelous gitu. Puding karamel yang manis dan kek yang gebu, kasi leleh ayaq liur..

Untuk resepi, khaera cnp kat KC dan ada yg khaera adjust ckit untuk rujukan sendiri. Bagi siape yg berminat nak cuba resepi asal bole ke blog cni yea.

KEK PUDING KARAMEL @ KEK KARAMEL PELANGI

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm -khaera guna 9 inci
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding
  • 400ml fresh milk / susu cair -khaera guna 1tin susu sejat
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengadun (untuk merengue)
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Pastikan bahan-bahan sebati dan gula terlarut. Ketepikan. Kemudian kita Sediakan pula bahan untuk kek pelangi.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
Bahan-bahan untuk lapisan kek pelangi.
Adunan 1 (Meringue)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan 2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor -khaera gula gula pasir yg di blender
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi berselangseli. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti) - xbuat =), dah nak bakar baru khaera masuk kan air.. terlupa.. jd khaera tambah masa pembakaran dengan guna api bwah selama 10min.
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

Encik suami duk tanya, sikecil pulak dah terguling menunggu ummi ptong utk dia... hehehe.. anda pula?
SELAMAT MENCUBA!!




untuk rujukan khaera:
---8 biji telur diperlukan.
(2 putih telur & 5 kuning telur) - untuk puding
(3 putih telur-baki dr puding & 3 putih telur) -untuk merengue
(3 kuning telur -baki merengue) -untuk adunan kek

--- bakar dgn suhu 140 darjah selama 1jam api atas bawah & 10min api bwah.

---keluarkan kek gunakan pisau untuk lekangkan bahagian tepi supaya puding keluar cantik dan tidak ada yg melekat atau pecah.



ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

AYAM KUAH NANAS

Ook..kite letak gambar dulu..nanti kite letak resepi yer.. ;-)


Ade yg telan air liur ke????.... Ok.. Telan dulu air liur.. Jgan smpai tersedak.. :-)
Menu ayam ni en.husband yg ajarkan.
Pada satu makan malam yg indah... Cewwwah.. En.husband g beli ikan siakap.. Masa tu kita kat opis..balik lmbat..tup..tup.. Dpt msg.. "Ney blik nnt tlg belikan daun ketumbar ek.. " Buat muka confused sket.. o_O
Smpai umah.. Jengah dapur, en.husband dah bersarung dengan apron..ekekeke.. Mkan malam istimewa kah?... Alamak..aku lupa apa2 tarikh istimewa ke harini.. Ok.. Confirm takde..
Makan time:
>>>>Mcm mana abg boleh msak sedap mcm ni ek???..
>>>>abg tengok kat 5 rencah 5 rasa.. Simple je tengok..tu yg buat.. Nanti lupe..

Haaaaaa....kan dah kantoi.. Tengok kt tv rupenye.. Sebb punye suke lah dgn lauk ni.. Hari-hari die msak.. Siap tukar ikan keli lagik.. Ooooo u all nk tahu, lauk ni buat ngan ikan keli lg sedap wooooo.. Nnt anda cuba ye..
Pnjangnya khaera bercerite... Sebenarnya nak bgthu resepi asalnya dr ikan je.. So,kalini khaera adjust msak ngan ayam.. Semuanya ikut sama mcm resepi asal just khaera ada tambah ckit.



Bahan-bahannya:
A) Bahan perapan:
Sos cili thai
Serai
Sos ikan
Halia

B)Bahan kuah/sos
1 labu -Bawang merah (dipotong dadu)
4 biji - Cili padi (nak berapi lg bule letak tambah)
5 sdb- Sos cili thai
1 biji - Nenas (dipotong dadu) - saiz kecil
1 biji - Limau nipis
1 sdb - Sos ikan
Garam
Gula
Tepung jagung dibancuh dgn air
Sedikit air
Daun ketumbar

Haaa.. Tak banyak pun bahan2 die kan..? Cube check kat dpur tu,ckup x bahan perapan?ckup? Bagus,,,... Ok, kite blend semua bahan perapan tu, then kita gaul kat ikan ke ayam ke...daging pun bole kot..

Ok,nak info, klau u all guna ayam, tambah kan sebiji telur n tepung jagung kat ayam..then perap yea..lagi lama lg sedap.. Mcm mana pulak dgn bahan2 untuk kuah, dah ada semua? ooohh..ade yg xckup...
xpe,jom kite g kedai.. Sementara ayam tu diperap..kite cari barg.. Calooo...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok,Dah nak buat dah ni.. Jom..jom..

1. Mula-mula kita panaskan minyak, tumis bwag merah. Masukkan sos sili thai, cili padi.
2. Kemudian perahkan air limau nipis. Kacau.
3. Masukkan air. Terpulang nak bnyak mana kuah.agak2 lah yea.
4. Masukkan nenas. Gula. Kemudian garam secukup rasa.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Siap.

Ok, ayam yg diperap tadi..
Gorengkan hingga kekuningan.. Klau anda gunakan ikan, juga bole dikukus yea.
Ayam dah masak, siramkan kuah keatasnya dan hiaskan dengan daun ketumbar.. Urmmmm..bangkit bau..buka selera.selamat mencuba!!!!!

U all dah cuba respond yea.

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

PAKCHOY MASAK PUTIH

Salam..

beberapa entry kebelakangan ni, khaera asyik buat entry masakan kan.. tapi entry kalini khaera nak update masakan sayur SIEW PAKCHOY..
entah kenapa rasa blurr pulak nak tulis apa.. kite layan gambar dulu ek..

siew pakchoy masak garlic..
before this i used to have my lunch at one of the building along Jln. Tun Razak.. not so far from office.. hari-hari berjalan semata nak makan sayur pakchoy ni la ha.. pastu bwak adik g makan kat situ jugak..die pun dah jatuh cinta sama itu sayur pak choy..
one day adik khaera cakap.. "ka k.. ape kate akak masak sayur pakchoy mcm kat ........... tu"...

khaera pon... beliak cket mate.... apa??masak sayur tu...me??..hehehe..ok..mcm syok jugak kan.. khaera pun duk tanya lah kwan-kwan kaum cina..ade sorang ni die memang terror msak2.. ade chan la tanya resepi.. ade chan tu ape?..ade chance laa..



ok..meh kite tengok resepi nye ye..


Bahan-bahannya:


Secekak Sayur Siew Pakchoy (dipotong sehelai-sehelai)
3 biji Bawang putih (di tumbuk)
1 sdb Sos Tiram
1 sdb Fish Sauce
Serbuk lada putih
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit minyak bijan
Sedikit Air
1 sdk Tepung jagung


Cara-caranya:


Sayur direndam dalam air garam sekejap untuk kelihatan segar dan toskan kemudian susun atas pinggan.


1. Panaskan minyak untuk menumis bwang putih.
2. Masukkan sos tiram, sos ikan dan lada putih. Kemudian masuk sedikit air utnuk sedikit kuah. Biarkan sampai medidih.
3. Masukkan tepung untuk kuah pekat sedikit.
4. Siram kuah atas sayur.
5. Taburkan sedikit minyak bijan untuk bau yg harum dan sedikit lada putih untuk aroma yg menyelerakan.. yumm...


lapar lah..jom makan...

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

TERUNG GORENG SAMBAL

Salam..

rindunye kt KC.. maaflah semua.. there are some reasons that khaera xdpt nak statekn.. walaubagaimanapun, khaera bersyukur kerana khaera dapat kembali menulis blog.. banyak juga yg khaera dh terlepas untuk di update kat KC, tp jgn risau, khaera akan upload kan gambar mana yg ada lah untuk viewers.

tapi dlm page kalini khaera tak nak frust2.. So macam mana cuti raya cina?.. Khaera balik kampung.. Dah lama tak balik B.Pahat.. Alhamdulillah,dapat jumpa saudara mara yg dekat dan jauh.. Hamster pun nak blik kampung
entry kalini khaera nak simple je.. tp dah meleret bnyak kn...

ok..ok..ok..
apa kata tengok gambar dulu..





Ooohh..yg tadi tu ayam goreng kunyit... Ok,Kite tengok yg ni pulak..

Huhuhu..mcm mana?..adakah selera anda telah dibuka???.. Ok, good! Yookk..ceh..dah keluar dah jawanye tu.. Kite tengok resepinya pulak..jauh dari B.pahat nun..anyway nak ucap terima kasih makngah sebab tlong masakkan lauk sedap kat umah maktok, and sebab bagi resepi ni..whoaaa glamour makngah.. Eh, ni mak ngah khaera betul tau..bukan makngah yg "patah-patah" tue.. Alaa u all faham kan..kan..kan.. Ok jom tengok bahannye... Simple je..

Bahan-bahan TERUNG GORENG SAMBAL:
2 batang -Terung (saiz sederhana dibelah dua dan dipotong serong)
4 sdb - Cili boh/lada kisar
Segenggam -Ikan bilis (direndam dlm air)
3 ulas - Bawang merah
2 ulas - Bawang putih
2 sdb - Gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara-caranya:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis. Jangan hancur sangat..
2. Tumiskan lada kisar dan bahan-bahan yg ditumbuk tadi hingga masak.
3. Masukkan gula, garam. Kacau. Kemudian masukkan sedikit air?
4. Maukkan terung, gaul dan tunggu hingga masak.
5. Rasa tambah mana yg kurang. Siap untuk dihidang..


SELAMAT MENCUBA!!!!!

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home





    Followers


Recent Comments