Portuguese Egg Tart

Assalamualaikum..
pejam celik dah bulan Disember..dah nak seminggu dah pon..kejap je dah nak akhir tahun.. Dah nak habis dah 2012???..mcm tak percaya je..mcm mane dengan perjalanan 2012?..mcm2 pancaroba kan.. Sekarang ni masih musim cuti sekolah yg panjang..di KL ni pula, hujan sepanjang hari. Perut pon mcm2 lah yg diminta nya.


Khaera ni klau sape yg kenal memng hantu PASTRY!..Puff segala lah.. Klau g kedai kek, tak sah klau tak amik atleast satu..tak kira lah, danish puff ke..chicken potatoes ke..apple puff ke.. cheese tart ke.. dan paling paling paling tak boleh tahan..egg tart..rase mcm meleleh je air liur kat tekak.. lebih2 lagi klau PORTUGUESE EGG TART.. betul ke ejaan ni?..nk kne cari google gak ke?..org portugis tak marah kutt..uhukk.. tak tahu la kenapa minat sangat.. jadinya bila selalu2 sgt beli pon xbest juga..kann..sbb bocor poket nanti.. so buat sendiri jer..pun sedap dan kite bole olah dan tmbah2 bahan yg kite suka... yang penting asas nya..

Untuk kalini sebab nak cepat kan.. so khaera just pakai puff pastry brand "KAWAN" tu je.. so just buat egg filling die je dlm 10-15 minit..  klau anda rajin dan ada masa nak buat pastry die sndiri lg bagus.. sebab pastry boleh simpan dlm fridge..then boleh buat lain2 puff, blueberry..apple..banana..pineapple.. DURIANNN??...ngeh..ngeh..


Ok..kalini just nak share egg fillling untuk portugis egg tart..

Portuguese Egg Tart
Pastry ready made brand "kawan"

Egg custard filling
1/4 cup whipping cream
1/4 cup susu pekat
1/2 cup air biasa/ susu cair
1/8 cup gula castor (boleh kurangkan jika mahu kurang manis)
2 biji kuning telur
1 tsp vanilla essence
50 gm cream cheese
sedikit gula perang

Masukkan semua bahan2 dan kacau hingga gula hancur. Siapkan acuan pastry. Tuangkan filling telur ke atas pastry. Bakar 150C selama 20 minit api atas bawah. Sementara custard egg sedang masak, boleh taburkan gulaperang diatasnya untuk kelihatan warna surface eggtart lebih menarik dan kilat..

Untuk hiasan, boleh taburkan cheddar cheese ..atau nak sedap lagi..boleh letak blue berry filling di bawah lapisan eggtard custard...perhhh..memang marveles..dah macam KFC Blueberry cheese egg tart..anda bole cuba resepi ni..rasa die pun dah dekat2 sama dah..even better than sbb letak cheese..lemak berkrim rasa eggtart kita ni..



ok?..boleh buat?..senang je kan.. makan panas2 pun sodappp.. daaaaaaaaaaaaa..

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

DONUT GEBU

Assalamualaikum..

DONUT..DONUT..DONUT.. erm..yg tengah diet tu lupekan diet anda sekejap.. perut berkeroncong cari kat dapur apa nak buat??... bila musim hujan ni, perut asyik berlagu je kan.. lalu pulak kat DUNKIN donut..perghh memang tak boleh tahan.. dah lama usha resepi nak buat donut.. tengok si Joe buat, mcm senang je kan.. apa lagi..barang ala-ala ada semua.. hari pertama buat sponge dulu.. esoknya dah bole menguli...

Makkkk aii, sampai berhari nak membuat donut!..urm xde lah berhari pon.. dah cikgu kate gtu, kite pon buat la.. kann... Actually donut sebenarnya buatnya simple je..sehari pon dah bole siap, janji die ade yeast, dia naik gebus, ok la... tapi kalini khaera saje nak cuba kelainan ckit..nak mencuba resepi dari blog luar negara.. nak tahu la juga apa beza kejadiannya.




Kalini ambil resepi dari JoePastry, klau nak tahu boleh terus ke page die. Bagus untuk org2 yg lemah nak membaca resepi panjang2 macm saya ni, hehehe.. tapi bab tengok gambar memang capt je tangkap.. Kat page ni ditunjuk step by step resepi nya, dan yg paling best semuanya bergambar, jadi mudah nak faham dan senang nak ikut. Especially yg suka dengan pastry, Joe ni mmg pakar dengan pastry, memng bagus untuk mendapat ilmu dan bahan2 pun mudah untuk dicari dan difahami.

Mula-mula, kita buat sponge nya dahulu dan biarkan semalaman, kemudian simpan dalam fridge. Sponge tu rupenye mcm ni:


bila dah siap buat sponge... dah boleh uli adunan tepung menjadi seperti ini ni pulak..


bila dah kembang 2x ganda... dah mcm span rasa die, dah boleh terap dan uli bentuk.

canai dan terap..

yg ni version bulat2..letak atas kain then bg die kembang sekali ganda lg..
resepi??... sat..na.. nt free baru tulis..tenet mcm siputt..tension je nk ber blog.. Layan gambar dulu ek.

selepas digoreng, kekuningan boleh lah dihias dengan coklat topping.

Jom tengok resepinye ye.

DONUT GEBU
Resepi asal Joe Pastry
dan telah diubah sedikit untuk mendapatkan kesesuaian tepung.

Bahan2 Sponge:
1 cup   all purpose flour
1/2 tsp instant yeast
2/3 cup air suam
1 biji telur

Kesemua bahan ini di campur dan dikacau sebati.. biarkan semalamam hingga adunan seperti berbuih. Boleh disimpan dlm peti ais, untuk digunakan esoknya.

Bahan2 Donut:
1 1/2 cup Tepung serbaguna
1 1/2 tsp instant yeast
1/2 cup susu tepung
1/4 teaspoon salt
2 1/4 tsp gula castor
1 biji kuning telur
2 tsp vanilla essence
4 tbsp salted butter (dilembutkan) 

Masukkan adunan sponge ke dlm standmixer, gunakan pengyangkuk roti, masuk kan kesemua bahan2 donut kecuali butter. Pukul atau uli adunan sehingga sebati dan lembut. biarkan seketika. masukkan butter dan uli hingga doh kenyal. uli dengan kelajuan sederhana. Biarkan seketika adunan, tutup dengan tuala basah dan biarkan selama sjam hingga doh kembnag 2 kali ganda.

Selepas adunan kembang, uli doh atas papas, uli dengan kayu dan leperkan. Terap doh berbentuk bulat. Susun atas loyang yg dialaskan kain, tunggu hingga donut itu kembnag dan goreng hingga kekuningan.. biarkan sejuk , taburkan gula aising atau coklat sebagai coated.

To be frankly, adunan ni mmg lembut dan spongy dan tidak berminyak. Memang patut untuk dicuba sebagai hidangan petang atau sarapan.



ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under , | 0 Comments

MAHA international 2012

Assalamualaikum..
Masih dalam mode cuti sekolah.. dan negara juga telah melancarkan pelbagai program kemasyarakatan..antara yg terbesar ialah MAHA 2012.. Pasti ramai yg dah pergi...khaera baru je pergi semalam setelah beberapa tahun, kali terakhir pergi waktu ia masih di jalan kan di The Mines.. Lama dah tu , lebih 6 tahun lepas, itu pun dengan kawan2 waktu belajar di Bangi. 

Serba sedikit tentang MAHA,
Ia telah di lancar beberapa tahun dahulu, dan MAHA International telah bermula pada 2010.Hanya setiap 2 tahun sekali akan diadakan. Pelbagai agensi, kementerian dan juga jabatan terlibat. Peserta dari luar negara dan juga kedutaan luar nagara turut menyertai pameran . Mempamerkan pelbagai produk dan informasi pertanian , penternakan dan perniagaan hasil bumi Malaysia dari pelbagai jabatan, organisasi, kementerian juga persendirian. Pengunjung mencecah 3 juta orang dan angka itu dijangka akan meningkat pada MAHA Int 2012.




Kalini khaera bersama suami pergi meninjau, itupun hari kedua terakhir baru berkesempatan. Ramainya pengunjung tak usah nak dikata.. Di stiap lapisan masyarakat, muda tua, kecil besar, berbilang kaum di Malaysia juga turut serta. Mengagumkan! Tahniah buat penganjur.. Malahan telah manarik minat warga luar negara untuk turut serta.

Sampai di tapak perkarangan parkir, hati ni rasa kagum sangat dengan kehadiran pengunjung. Penuh dengan kereta..laluan masuk pun jammed...memang dibanjiri ribuan manusia yg ingin menyertai exhibition antarabangsa ni. 


buah koko..


hasilnya....

Bagi ibu bapa, membawa anak2 memang satu cadangan yg baik kerana ada pelbagai informasi dan maanfaat yg boleh dikongsi kepada anak. Jangan risau bab makan atau minum.. pelbagai gerai jualan disediakan. pelbagai jenis hidangan dan masakn di jual.. Bagi muslim, surau juga ada berdekatan. didalam juga diluar dewan.


 

Luas kawasan memang besar, terdapat pelbagai jenis ladang dan laman.. memang trak cukup kalau pergi satu hari je. bagi peminat tanaman pokok2 tumbuhan, anda boleh borong pokok2 bunga, benih2 tanaman, pasu2 dan baja2.. terdapat pelbagai jnis laman tanaman yg boleh anda lawati. 



Yang meminati atau mencari2 informasi ternakan, juga terdapat ladang ternakan yg besar yang boleh anda lawat, lembu, kambing.... kuda juga..boleh cuba menunggang klau berani..anak2 pasti seronok.. pelbagai jenis haiwan ternakan boleh dilihat , ternakan air juga darat.. sistem dan pengurusan juga boleh anda dapatkan maklumat. Jabatan2 kerajaan menyediakan dan menawarkan pelbagai informasi dan kemudahan untuk rakyat untuk menceburi biidang pertanian dan penternakan.. MAHA adalah tempat yg paling sesuai dan tepat untuk anda lawati dan mendapatkan khidmat nasihat.

Malahan memberi peluang dan ruang kepada peniaga2 kecil dan sederhana untuk memeprkenalkan produk dan perniagaan mereka di mata masyarakat Malaysia juga di mata dunia. sekaligus menambah pendapatan peniaga2

Ada yang bertanya, bagus ke MAHA tu?..yes, bagi khaera ia tempat yg bagus untuk seisi keluarga lawati. Cuma MAHA kali ini ada beberapa kekurangan, biasalah bila dah ramai manusia membanjiri pasti keadaan menjadi tak terkawal. Kawasan parkir juga agak jauh dari kawasan , dan melalui banyak lauan pintu masuk dan agak serabut,.. mungkin kerana kawasan pameran terlalu besar. 

Mungkin pihak pengurusan tudak menduga akan ribuan manusia yg akan membanjiri, walaubagaimanapun mungkin boleh dipertingkatkan lagi buat masa akan datang pasti nya akan ada lbih ramai lg pengunjung dari segenap pelsuk dunia juga akan hadir.  Menyediakan pengangkutan awam sebagai shuttle juga bagus, bagi mereka yg tak larat nak jalan kaki, pengangkutan trak, dan bus adalah inisiatif yg bagus, Tetapi ia menjadi semakin padat dan bercelaru kerana tidak melabelkan destinasi pada setiap pengangkutan, hanya bergantung kepada pembesar suara dan penumpang kebanyakannya tertanya-tanya kemana mereka harus pergi.. Informasi agak terhad dan banyak bergantung pada pamplet yg diberi.. Agak kasihan bagi mereka yg mebawa anak2 kecil, mungkin terpaksa berhimpit2, begitu juga buat warga emas. Mereka kekurangan tempat duduk didalam bus transit ke destinasi yg mereka inginkan, dan aksi2 tolak menolak tak dpt dielak lagi.

Cuaca hujan juga menjadikan pengunjung lebih ramai mahu menaiki kenderaan dari berjalan kaki ke taman2 pameran dan agak terhad untuk mereka melopori kesemua tempat2 menarik di sekitar ladang.

Mungkin tujuan asal MAHA kepada masyarakat tercapai, tetapi dari segi pengurusan perlu dipertingkatkan lagi, ini kerana sistem keselamatan dan keselesaan juga perlu dititik beratkan.. Siapalah khaera untuk berkata  banyak, tetapi pengalaman semalam membuat kan khaera menulis. Atitude masyarakat Malaysia juga perlu dipandang, kerana aksi tolak menolak, marah-marah dan tidak mahu beratur, memungkinkn perkara2 yg tidak diingini bole berlaku. 

Apa yang pasti, sebagai rakyat Malaysia, Khaera memberi sokongan sepenuhnya agar pameran2 atau program2 yg memberi banyak manfaat kepada masyarakat utama nya, seperti MAHA ini. Diharap, MAHA dapat diteruskan dan lebih banyak lagi perkara menarik akan ditampilkan dimasa akan datang.

Sebenarnya ada banyak lgi maklumat yang anda bole dapatkan, anda bole terus ke webite official MAHA sendiri dan peroleh banyak lgi intipati tentang MAHA INTERNATIONAL 2012

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
Newer Posts Older Posts Home





    Followers


Recent Comments