MAHA international 2012

Assalamualaikum..
Masih dalam mode cuti sekolah.. dan negara juga telah melancarkan pelbagai program kemasyarakatan..antara yg terbesar ialah MAHA 2012.. Pasti ramai yg dah pergi...khaera baru je pergi semalam setelah beberapa tahun, kali terakhir pergi waktu ia masih di jalan kan di The Mines.. Lama dah tu , lebih 6 tahun lepas, itu pun dengan kawan2 waktu belajar di Bangi. 

Serba sedikit tentang MAHA,
Ia telah di lancar beberapa tahun dahulu, dan MAHA International telah bermula pada 2010.Hanya setiap 2 tahun sekali akan diadakan. Pelbagai agensi, kementerian dan juga jabatan terlibat. Peserta dari luar negara dan juga kedutaan luar nagara turut menyertai pameran . Mempamerkan pelbagai produk dan informasi pertanian , penternakan dan perniagaan hasil bumi Malaysia dari pelbagai jabatan, organisasi, kementerian juga persendirian. Pengunjung mencecah 3 juta orang dan angka itu dijangka akan meningkat pada MAHA Int 2012.




Kalini khaera bersama suami pergi meninjau, itupun hari kedua terakhir baru berkesempatan. Ramainya pengunjung tak usah nak dikata.. Di stiap lapisan masyarakat, muda tua, kecil besar, berbilang kaum di Malaysia juga turut serta. Mengagumkan! Tahniah buat penganjur.. Malahan telah manarik minat warga luar negara untuk turut serta.

Sampai di tapak perkarangan parkir, hati ni rasa kagum sangat dengan kehadiran pengunjung. Penuh dengan kereta..laluan masuk pun jammed...memang dibanjiri ribuan manusia yg ingin menyertai exhibition antarabangsa ni. 


buah koko..


hasilnya....

Bagi ibu bapa, membawa anak2 memang satu cadangan yg baik kerana ada pelbagai informasi dan maanfaat yg boleh dikongsi kepada anak. Jangan risau bab makan atau minum.. pelbagai gerai jualan disediakan. pelbagai jenis hidangan dan masakn di jual.. Bagi muslim, surau juga ada berdekatan. didalam juga diluar dewan.


 

Luas kawasan memang besar, terdapat pelbagai jenis ladang dan laman.. memang trak cukup kalau pergi satu hari je. bagi peminat tanaman pokok2 tumbuhan, anda boleh borong pokok2 bunga, benih2 tanaman, pasu2 dan baja2.. terdapat pelbagai jnis laman tanaman yg boleh anda lawati. 



Yang meminati atau mencari2 informasi ternakan, juga terdapat ladang ternakan yg besar yang boleh anda lawat, lembu, kambing.... kuda juga..boleh cuba menunggang klau berani..anak2 pasti seronok.. pelbagai jenis haiwan ternakan boleh dilihat , ternakan air juga darat.. sistem dan pengurusan juga boleh anda dapatkan maklumat. Jabatan2 kerajaan menyediakan dan menawarkan pelbagai informasi dan kemudahan untuk rakyat untuk menceburi biidang pertanian dan penternakan.. MAHA adalah tempat yg paling sesuai dan tepat untuk anda lawati dan mendapatkan khidmat nasihat.

Malahan memberi peluang dan ruang kepada peniaga2 kecil dan sederhana untuk memeprkenalkan produk dan perniagaan mereka di mata masyarakat Malaysia juga di mata dunia. sekaligus menambah pendapatan peniaga2

Ada yang bertanya, bagus ke MAHA tu?..yes, bagi khaera ia tempat yg bagus untuk seisi keluarga lawati. Cuma MAHA kali ini ada beberapa kekurangan, biasalah bila dah ramai manusia membanjiri pasti keadaan menjadi tak terkawal. Kawasan parkir juga agak jauh dari kawasan , dan melalui banyak lauan pintu masuk dan agak serabut,.. mungkin kerana kawasan pameran terlalu besar. 

Mungkin pihak pengurusan tudak menduga akan ribuan manusia yg akan membanjiri, walaubagaimanapun mungkin boleh dipertingkatkan lagi buat masa akan datang pasti nya akan ada lbih ramai lg pengunjung dari segenap pelsuk dunia juga akan hadir.  Menyediakan pengangkutan awam sebagai shuttle juga bagus, bagi mereka yg tak larat nak jalan kaki, pengangkutan trak, dan bus adalah inisiatif yg bagus, Tetapi ia menjadi semakin padat dan bercelaru kerana tidak melabelkan destinasi pada setiap pengangkutan, hanya bergantung kepada pembesar suara dan penumpang kebanyakannya tertanya-tanya kemana mereka harus pergi.. Informasi agak terhad dan banyak bergantung pada pamplet yg diberi.. Agak kasihan bagi mereka yg mebawa anak2 kecil, mungkin terpaksa berhimpit2, begitu juga buat warga emas. Mereka kekurangan tempat duduk didalam bus transit ke destinasi yg mereka inginkan, dan aksi2 tolak menolak tak dpt dielak lagi.

Cuaca hujan juga menjadikan pengunjung lebih ramai mahu menaiki kenderaan dari berjalan kaki ke taman2 pameran dan agak terhad untuk mereka melopori kesemua tempat2 menarik di sekitar ladang.

Mungkin tujuan asal MAHA kepada masyarakat tercapai, tetapi dari segi pengurusan perlu dipertingkatkan lagi, ini kerana sistem keselamatan dan keselesaan juga perlu dititik beratkan.. Siapalah khaera untuk berkata  banyak, tetapi pengalaman semalam membuat kan khaera menulis. Atitude masyarakat Malaysia juga perlu dipandang, kerana aksi tolak menolak, marah-marah dan tidak mahu beratur, memungkinkn perkara2 yg tidak diingini bole berlaku. 

Apa yang pasti, sebagai rakyat Malaysia, Khaera memberi sokongan sepenuhnya agar pameran2 atau program2 yg memberi banyak manfaat kepada masyarakat utama nya, seperti MAHA ini. Diharap, MAHA dapat diteruskan dan lebih banyak lagi perkara menarik akan ditampilkan dimasa akan datang.

Sebenarnya ada banyak lgi maklumat yang anda bole dapatkan, anda bole terus ke webite official MAHA sendiri dan peroleh banyak lgi intipati tentang MAHA INTERNATIONAL 2012

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under , |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

    Followers


Recent Comments