KEK KARAMEL PELANGI
Assalamualaikum.. salam hujung minggu.. bestnya rehat-rehat..santai-santai.. bila hari bekerja, duk pulun kerja sehari suntuk..kerja yg bertimbun.. memang letih.. bila dapat berehat dirumah, tenangnya rasa. dengan melihat keletah anak, melayan kerenah anak memang mendamaikan hati. Touching pulak.. huhuhu..
Touching touching jugak..apa entry kalini? KEK KARAMEL PELANGI. last week khaera memang busy menyiapkan tempahan kek dari seorang pelanggan. Nanti khaera upload gambar kek tempahan yea.
Sabtu lepas kononnya nak biskut..tp mcm nak buat kek.. erm dah pening dah.. teringat pulak mase khaera bersembang2 dengan rakan sepejabat pasal kek karamel ni.. khaera pun try la buat, bole bwk office nanti untuk merasa sama-sama. Actually khaera pernah buat kek karamel. tapi tak sempat nak snap gambar, dah selamat. Kebetulan ada saudara datang rumah, khaera pun menjamu tetamu. So, ingat entry kalini dapat la letak gambar dan hasilnya alhamdulillah tak mengecewakan.
Khaera ambil resepi dari blog e-na lovely kitchen. tak mengecewakan, ada tunjuk sekali step by step.
Khaera ambil resepi dari blog e-na lovely kitchen. tak mengecewakan, ada tunjuk sekali step by step.
Kek yang simple dah mudah untuk diaturkan. tak memerlukan baha-bahan yg banyak. tapi menghasilkan rasa yang marvelous gitu. Puding karamel yang manis dan kek yang gebu, kasi leleh ayaq liur..
Untuk resepi, khaera cnp kat KC dan ada yg khaera adjust ckit untuk rujukan sendiri. Bagi siape yg berminat nak cuba resepi asal bole ke blog cni yea.
KEK PUDING KARAMEL @ KEK KARAMEL PELANGI
Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
- 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
- Loyang 8 inci / 20cm -khaera guna 9 inci
Cara-cara:
- Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
- Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
- Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
- Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
- Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding
- 400ml fresh milk / susu cair -khaera guna 1tin susu sejat
- 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
- 2 biji telur
- 140 gram gula castor
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
- Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengadun (untuk merengue)
- Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
- Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
- Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Pastikan bahan-bahan sebati dan gula terlarut. Ketepikan. Kemudian kita Sediakan pula bahan untuk kek pelangi.
- Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
Bahan-bahan untuk lapisan kek pelangi.
Adunan 1 (Meringue)
- 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
- 70 gram gula castor
- 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
- Pukul putih telur sehingga berbuih.
- Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
- Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
- Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
- Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan 2:
- 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
- 130 ml air
- 50 ml minyak masak
- 70 gram gula castor -khaera gula gula pasir yg di blender
- 140 gram tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
- Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
- Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
- Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
- Matikan mixer.
- Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
- Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
- Warnakan dengan warna pilihan anda.
- Sudukan ke dalam loyang puding tadi berselangseli. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
- Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
- Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
- Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
- Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti) - xbuat =), dah nak bakar baru khaera masuk kan air.. terlupa.. jd khaera tambah masa pembakaran dengan guna api bwah selama 10min.
- Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
- Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
- Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
- Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
- Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.
SELAMAT MENCUBA!!
untuk rujukan khaera:
---8 biji telur diperlukan.
(2 putih telur & 5 kuning telur) - untuk puding
(3 putih telur-baki dr puding & 3 putih telur) -untuk merengue
(3 kuning telur -baki merengue) -untuk adunan kek
--- bakar dgn suhu 140 darjah selama 1jam api atas bawah & 10min api bwah.
---keluarkan kek gunakan pisau untuk lekangkan bahagian tepi supaya puding keluar cantik dan tidak ada yg melekat atau pecah.
0 comments:
Post a Comment