Apple pie & Happy birthday sayang

Assalamualaikum..


20.11.198...... oops.. tettttttt..shhhhh.. meskipon orang kate umur hanyalah satu nombor..yea betul.. tapi jika kite knali hakikat sebenar apa itu nombor, ia juga melambangkan satu jangkamasa... hari ni tahun ke 5 khaera menyambut ulangtahun kelahiran suami bersama. Dah hampir 6 tahun mengenali..uiii lame dah rupenye,,, see?? tu nombor jugak tu.. Alhmadulillah... kami masih bersama dan mempunyai seorang anak yg comellll sangat sangat.. yang selalu buat ummi and abah die tergelak..yg emmbuat ummi terasa sunyi bila die duk ngan wan & tok ayah die bila cuti sekolah..

Happy birthday to my beloved husband... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan berjaya dalam setiap kebaikan yg dilakukan.. terima kasih kerana bersama kami dan membimbing kami ke jalan yg diredhai Allah swt.

Hadiah?????????? hehehe..

Kek harini baru nk buat kot..hihihi..tapi semalam sempat buat nasi goreng special pedas untuk suami.. (permintaan nk pedas..) ..pastu buat apple pie. Dah lame rase nk buat apple pie ni..asyik beli kat kedai aje.. bila buat sendiri memang betul-betul puas hati..  Sambil duk melayan cerita P.Ramlee Keluarga 69, tangan pulak gatal rase nak buat sesuatu.. nampaknye apple pie jadi pilihan..resepi pun dah beberapa hari duk tinjau2..

Apple pie ni pun kegemaran keluarga,..tengok kat dapur, ada lg apple..should be the right thing klau buat apple pie kan..mula ingat nk buat apple pie single crust, tp tak jadi.. tukar fikiran buat apple pie pastry puff. pun sedap.. apple pie filling pun buat homemade je.

Nak resepi?..ok la..tengok kat bawah ni ye..


Apple pie filling recipe:
2 biji Apple (dipotong dadu)
1/4 cwan Gula perang
1/4 cwn Gula castor
1/2 tsp cinnamon powder
1/2 tsp nutmeg powder
1/4 cwn tepung gandum
1/2 cwn air biasa
1/8 cwn Air perahan limau
sedikit essence vanilla

Cara2 nya:
Masak kesemua bahan2 kecuali Apple...Kacau perlahan. masak sehingga pekat dan perang..  setelah mendidih masukkan apple. kacau lagi segingga apple mengeluarkan aromanya dan sebati dengan adunan. Sejukkan.

Pastry recipe:
boleh gunakan ready made pastry brand "kawan' tu.. atau klau rajin bole gunakan resepi di bawah.


  • 1 1/4 cwn tepung serbaguna (lebihkan sedikit untk semasa menguli doh)
  • 1/2 tsp garam
  • 1/2 tsp gula (tambah 1 tsp untuk doh yg lebih manis)
  • 8 tbsp unsalted butter
  • 3 tbsp air sejuk ais (tmbah jika perlu)
  •  Cara2 nya:
  • 1. Campurkan tepung, garam dan gula ke mangkuk pengadun. lebih mudah jika menggunakan food processor. gaul sebati.
  • 2. kemudian masukkan separuh butter yg telah dipotong cube. ramas2 adunan sehingga menjadi serbuk. habiskan bai butter dan ulang lagi. bagi yg menggunakan food processor anda hanya pulse untuk bebrapa ketika hingga menjadi serbuk.
  • 3. masukkan 2 sudu air ais dahulu dan uli hingga menjadi seketul doh. tambah air ais jika perlu. tekan doh hingga lembut. bahagikan bepada beberpa bebola doh.
  • 4. roll bebola doh nipis2. kemudian tabur kan baki tepung. roll pula bebola doh yg lain dan letak diatas doh pertama. kemudian ulanglagi roll berselangseli dengan taburan tepung sehingga doh habis dan boleh digunakan. 
  • 5. potong pastry mengikut acuan yg disukai, atau nak simpel potong 4 segi. letakkan apple pie filling ditengah dan lipat sebelah dan lekat kan sekeliling dan tekan dengan garfu.
  • 6. saapukan telur kuning + susu diatas pastry utuk mendapatkan lapisan atas yg kilat dan keemasan.
  • 7. bakar dengan suhu 150C selama 20minit atau sehingga puff masak kekuningan.


Haa.. senag je kan nak buat..? Ok, apple puff ni boleh juga di jadikan apple strudel atau apple pie. Cuma caranya shj sedikit berbeza dan terpulang kepada anda bagaimana nak olah.. Kalau nak jadikan apple strudel cuma perlu tambah sedikit apple cider dan canaikan doh sehingga nipis dan taburkan inti strudel dan gulung kan. inti boleh juga dipelbagaikan. klau anda suke kismis..bole letak..mana yg suka kacang pistachio..pun boleh je taburkan kacang yg dah dicincang tu..taburlah gula ckit atau serbuk badam.. mmg terangakat lah..

ok, khaera nak bgthu, untuk doh pastry ni,elakkan dari meletakkan terlampau banyak air. jadi letak skit2 supaya kita boleh kawal sukatan air dan butter pula semakin sejuk butter semakin rangup lapisan pastry kita nanti. doh pastry ini juga bole dsimpan didalam peti ais dan tahan lama. jadi, kalau kita tak nak guna lg boleh simpan dulu..nak guna keluarkan dari peti dan terap acuan yg disukai.


oopss..lagi satu..semasa rolling dan lapis tepung, pastikanlapisan setiap doh tidak terlalu melekat antara satu sama lain, supaya semasa membakar nampak lapisan2 pastry.


Rasanya dah cukup kut informasi tentang pastry dan apple pie ni. Cuma tiinggal untuk mencuba je. 
Daaa...


ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under , |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

    Followers


Recent Comments