PULUT SAMBAL TERENGGANU

Assalamualaikum…


Masak apa hari minggu ni?.. ooo aalahai, tak masak iyer…ooo jemputan kahwin berderet2 iyer.. umph..umphh.. betul la tu, sekarang ni bukan kate cuti sekolah aje, tak cuti sekolah pon asal hari minggu aje berkeping2 kad jemputan kahwin menunggu..

Minggu lepas Khaera ke rumah akak ipar berkumpul disana memandangkan adik ipar dari Pekan, Pahang sekeluarga mengunjungi kami di Kuala Lumpur ni.


Bila dah berkumpul tu bermacam-macam hidangan lah yg dpt disediakan. Favourite betul dengan nasi pulut, tp nasi pulut kalini agak berlainan sedikit bagi Khaera. Selalu makan pulut ngan sambal serunding aje, kalini makan dengan sambal ikan. Resepi dari orang Terengganu. 


Almaklum, suami orang Terengganu so sempat la kite belajar ckit dari akak ipar. Suami juga banyak beri tunjuk ajar. Tak susah. Rasanya pun sedap, lemak2 manis ikan. Jom jengah..



Pulut sambal Terengganu
Bahan:
A)    ½ kg           Beras pulut

B)    4-5ekor      Ikan Sardin/Ikan kembung
1 biji            Kelapa Parut
1 sdb            Halba
1 ulas           Bawang Merah (dihiris halus)
Gula & garam secukup rasa.

Cara2:
Beras pulut dimasak seperti biasa. Jangan terlalu banyak air, nanti pulut menjadi lembik.

Rebus ikan yang telah disiang dan dibersihkan dengan air garam. Air jangan terlalu banyak. Memadai dengan cukup untuk ikan mask untuk mengekalkan kemanisan isi ikan. Setelah ikan masak, asingkan isi ikan. Tumbuk sedikit isi ikan dengan lesung.

Sangaikan kelapa dalam kuali kering, sangai hingga kelapa sedikit kering, masukkan isi ikan.

Kemudian, masukkan bawang dan halba diikuti garam dan gula secukup rasa. Sangaikan kesemua bahan tadi sehingga kering kekuningan. Tutup api dan ketepikan.

Berbalik kepada pulut tadi, apabila sudah masak, sejukkan dan jadikan bebola. 

Taburkan dengan kelapa tadi, atau gumpal-gumpalkan pulut bersama kelapa tadi. 
Siap untuk dijamu.





ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under , |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

    Followers


Recent Comments