POPIA BERSALUT KACANG

Assalamualaikum...


Bersiaran lagi kite yek.. beberapa hari lalu singgah kedai majalah dekat lrt, terpandang pada majalah interior design APARTMENT.. duk belek selai-selai muka surat.. jeling-jeling cket kat majalah lain, terpegang la pulak Majalah RASA.. erm..banyak resepi menarik, dan paling menarik ada resepi kerepek2 di hari raya.. whoahh.. tak sabar nak raya nampak??..huhu


Bila dah melekat kat tangan, hati pun kate beli lah.. exited pulak tengok resepi2 kat dalam.. Eh, konon nak beli majalah APARTMENT?? laa tak jadi lerr..esok lah pulak beli.


Khaera terpanggil untuk mencuba resepi POPIA BERSALUT KACANG. Kebetulan kelmarin encik hubby kata teringin nak makan nasi kapit dengan kuah kacang, so Khaera pun beli lah kacang lebih cikit.



Ada tepak sireh.... apa motif nye la pulak kan.. takde motif ape pon.. tepak sireh tu adalah tanda kenangan sewaktu rombongan encik husband dtg meminang kite dulu..hihik.. masih tersimpan lagi..




Tepak sireh tembaga dari Terengganu. Sememangnya Terengganu terkenal dengan barangan tembaga. Ok..kite teruskan dengan agenda..huhu.. sempat lagi tukar topik yea..


Kacang ade, check kat almari semua bahan pun ada. Tapi semalam kan hari ahad.. penyakit M dh smpai..aduhai.. ouhh, tak buleh jadi ni..klau diikutkan rasa M tu, mmg apa pun tak jadi kan.. 


Jom lah kita godek-godek barang kat dapur yek..


POPIA BERSALUT KACANG
Sumber: Majalah RASA Edisi Bumper
Bahan-bahan:


20 helai  Kulit Popia
50 gm     Kacang Tanah (disangai dan dikisar) -khaera suka rasa kacang yg banyak, tambah 80gm
60 gm     Gula aising
1/4 sdk   Garam
1 biji        Kuning telur
Sedikit minyak untuk menggoreng.


Cara-caranya:
1. Campurkan kacang tanah yg dikisar bersama garam dan gula. Gaula sebati dan ketepikan.


2.Ambil kulit popia dan gulungkan kemas. Di akhir gulungan, gam kan dengan kuning telur supaya tidak terbuka gulungan semasa menggoreng.


3.Potong gulungan popia tadi secara serong lebih kurang 3cm. Ulang proses hingga kulit popia habis.


4.Panaskan minyak, goreng popia hingga kekuningan. Sejukkan seketika.


5.Taburkan campuran kacang tadi ke popia dan gaul sebati sehingga popia diselaputi kacang. Simpan dalam bekas kedap bagi mengekalkan kerangupan popia.


Okey, siap untuk di krup2... anak dara Khaera tu dah usha..tak sabar nak krup2 le tu kan.. kanak-kanak memang suka..sesuai buat hidangan ketika lebaran, santai-santai. Boleh juga digantikan dengan badam..mungkin lebih enak dan lemak rasanya..nanti khaera cuba ubahsuai.. mungkin anda juga.. 






SELAMAT MENCUBA!!



Jika anda berminat untuk membuat tempahan, boleh email ke Khaera. Packaging secara paket besar. Juga boleh di packaging ke dalam jar sebagai doorgift majlis perkahwinan.

















ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under , |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home





    Followers


Recent Comments