CREAM PUFF

Salam, 

Dalam kita sibuk dengan tugas harian, siam tak diam dah masuk rejab. Tak lama lagi dah nak ramadhan. Hai cepat betul masa berlalu. Entry pon tersengguk-sengguk nak update. Busy betul, mana taknya, bulan lepas khaera berpindah rumah. Hampir sebulan juga lah baru habis mengemas rumah. Barang nye bukan lah banyak sangat, tp banyak barang lama yg dismpan tidak digunakan. Ermm mana lah khaera nak campakkan barang2 tu yek.. 

Maka nya, entry peram kalini dapat lah khaera gantikan kerinduan buat semua yea. dah lama khaera buat tapi tak uplod2. bila dah sibuk dengan hal-hal rumah ni, memang dapur tak berasap lah. Hari-hari makan luar aje. Kek pun dah lama tak buat. Insya Allah bila khaera dah bersedia, dapur pon dah setup cantekkkk punye,, pasti khaera akan teruskan aktiviti khaera seperti biasa.

Khaera juga ingin memohon maaf kerana banyak order yg khaera terpaksa tolak kerana khaera tak berkesempatan untuk meluangkan masa yg banyak. Khaera hanya dpt menerima tempahan kecil-kecilan shaja. Itupun tertakluk kepada masa dan kesesuaian keadaan. Walaubagaimanapun, khaera ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus memberi sokongan.


Mudah dan enak. buat makan petang-petang, memang pemikat selera. Khaera memang suke bangattt loh sama itu CREAM PUFF.. dah lama rasa teringin nak buat, tapi belum berkesempatan.. entah kenapa lepas raya haji hari tu rasa membuak-buak je nak buat.. mencari-cari resepi di blog-blog memang banyak. Resepinya pun lebih kurang sama juga. Youtube pun ada. Dengan tak semena-mena terjengah lah pulak blog kak azlita kat masam manis tuee...alahai cewah, ayat cun je kan?padahal memang suke je tengok blog kak azlita ni..gambar semua cantik-cantik dan menggiurkan..sampai tergode khaera nak cuba.looks like simple and the best thing kak azlita explain step by step. Memang senang anak murid nak faham..

Tapi kak, sorry bebanyak khaera derhaka banyak..bukan ckit..ini la namanye klau tak ikot kate sifu, mulanya buat.. khaera punye adunan jadi lembik sangat jadi tu yang terderhaka tue..khaera pun adjust2 ckit.. tp rasa memang marveles.

Jom kita tengok resepi nya, dimana khaera telah menjengah dapur kak Azlita.

CREAM PUFF

100ml air   (khaera letak 200ml)
45g butter-suhu bilik, potong 1cm  (khaera letak 90g)
60g tepung gandum- diayak  (khaera letak 150g)
2 biji telur(100g) (khaera letak 3biji)

(Masukkan semua di dalam periuk dan kacau jangan sampai bergentel, dimasak diatas api perlahan supaya tidak hangus, sentiasa dikacau hingga pekat)

Peraturannya:
Air dimasak hingga mendidih, kemudian masukkan mentega biarkan hingga cair dan mendidih sekali lagi, baru masukkan tepung gandum dan dikacau kuat-kuat. Kemudian diangkat dan disejukkan. Setelah sejuk sedikit masukkan telor yang sudah dipukul kembang dan dikacau lagi hingga berkilat. Kemudian dimasukkan dalam piping bag dan dipicit diloyang dan bakar. Potong puff masukkan intinya.


Khaera taburkan gula aising diatas puff, untuk nampak mcm ala-ala snow gituww..

Hasilnya memang de bumb..selamat mencuba!










ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home





    Followers


Recent Comments