Tangan kecil itu menekan perutnya..
Satu petang slepas waktu kerja, terasa nak pergi masjid jamek. Jalan-jalan ke SEMUA HOUSE. Kebetulan nak jumpa kawan . Selesai urusan, hari pun dah nak maghrib. Dah dekat SEMUA HOUSE tu malas lah pulak nak patah balik ke lrt masjid jamek.. naik kat STESYEN BANDARAYA je lah.. jalan menyusuri KAMDAR , melintasi jln dan menyusuri CIMB bank.. ade Subway..ermm, sedapnye..rasa lapar pulak.. orang pun ramai. Oh, waktu skrg orang balik kerja kan..jalan agak sibuk dengan kereta2 mewah.. hiruk pikuk bandaraya memang tak pernah sunyi di SOGO, Jln TAR kn... tp teringat anak n suami sedang menunggu dirumah.. tak jadilah nak singgah mana-mana..nanti tak sempat solat maghrib pulak.. jam dah hampir pukul 7 ptg.
Ok, teruskan niat hati untuk terus balik rumah je.. Naik tangga bergerak ..agak perlahan ..kaki ni malas pulak nk menangga, jd static je satu tangga smpai la atas.. Dari tengah tangga tu sedang bergerak, dah boleh nampak ruangan atas.. terlihat peminta sedekah dan orang buta sudah menunggu rezeki..
erm..pandangan biasa kan. mmg ramai org buta dan peminta sedekah mencari rezeki kat situ..termasuklah org2 kemboja?myanmar?..urm, betul ke dorang ni?..entah-entah sindiket..hati mengomel-ngomel..kat situ kan tumpuan orang bershopping.. tp hati ni tak rasa nak “memberi” ..sbb dh banyak kali bagi.. aii hati ni..berlagak lah pulak.. banyak kali bagi keee, macam lah banyak je bg..bg singgit 2 hengget je pun dah merungut..Astaghfirullah’al azim..
Makin tinggi tangga bergerak makin jelas nmpak peminta2 sedekah.. tetapi ade satu pandangan yg telah mengambil perhatian mata dan hati..
Seorang anak kecil sedang memegang dan menekan perutnya, sambil tangan sebelah lagi sedang memgang tangan ibunya.. Melintas di situ, smpat juga mengerling wajah ibunya..erm, ni mesti sindiket ni..nak gunakan budak kecil la ni..gerak hati.. melihatkan semula si anak kecil itu..wajahnya letih.. seolah menanggung sesuatu.. dia bagai meminta-minta sambil menarik tangan ibunya..tangan sebelah lg masih diperut..ibunya hanya menggeleng kepala lalu melihat duit dlm bekas botol yg dipotong separuh..
Terlihat akan wajah ank yg kecil itu, kusut..kurus..tak bermaya.. dia sedang kelaparan.. Namun, aku hanya terus berlalu, seolah tiada apa..biasalah org minta sedekah, mesti tjuk muka sedih dan kesian kn. Lagipun ibunya muda lgi..kenapa tidak pergi bekerja kan?.. kenapa mesti minta sedekah..kan..
Lepas je beberapa langkah melintasi anak-beranak itu, kaki ini terhenti..
Tiba-tiba terbayang wajah ank dirumah.. wajah anak kcil tadi bermain diminda berselang-seli.. Aduhai.. wajah ank kecil yg lapar.. lantas, berpaling dan berjalan eprlahan kepada anak beranak itu.
memberanikan diri bertanya si ibu.. “anak awk kenapa?”..”dia lapar ke?”
Si ibu hanya senyum tawar menggeleng kepala,mungkin segan.. lalu memberi tanda isyarat..yg membuat aku tersentap seketika!!.. Ya ALLAH… dia bisu.. .. ..
Hati mula bergetar..tak sanggup melihat ank kecil itu..perutnya kosong..kelaparan.. Ya ALLAH, berdosanya diri. berdosa kerana tadi membiarkan mereka yg kurang upaya terseksa kelaparan.. lalu membongkok mendekati mereka..
Ank kecil itu menghampiri..mendekati dgn senyuman..lalu memegang tangan ku.. Ya ALLAH..ank kecil ini tidak mengerti apa. Tapi telah melalui kehidupan yang sukar..
Ibunya menunjukkan muka marah kepada si kecil apabila bag tngandi usik “tak mengapa..” dia tak menegrti apa kata hati.. kepala asyik ligat berfikir, apa nak di buat..nak bagi makanan tak ada..nak bagi duit.., klau dia sindiket, bukan anak ini yg dpat apa..makan pun belum tentu.. oh, ada makanan dlm bag! Tengahri tadi, beli lauk extra..saja beli lebih untuk di rumah.. lantas, lauk dikeluarkan dan dibuka. Beri kepada anak kcil itu..dia mengambil dgn pantas.
Ada daging gorang kunyit..dia ambil sekeping dan makan.. dia ambil lg meski ada lg di mulut.. lapar benar anak kecil itu.. kasihan sangat.. ibunya menarik makanan..”tak pa, biar dia makan bnyak..awak pun makan yea..” kepala ank kecil itu diusap. Hati ini sedang menangis..
Ternampak sebuah buku pink diatas lantai..ku buka dan membaca.. buku rekod ibu mengandung.. Klinik kesihatan Ibu mengandung , Kg. Pandan.. Nama ibu dan suami ada tertera.. “ Ni siapa?”.. ibu tnjuk tanda insyarat.. tak dpt difahami..itulah, masa sekolah dulu cikgu ajar tak nak buat..klau tak, dah boleh berinteraksi dgn org bisu kn..
Si ibu mengeluarkan nota kecil dan pen..kami berinteraksi melalui tulisan..agak menarik.. Suami terlantar sakit, patah kaki kerana kemalangan.. bekerja sebagai pencuci kereta tak dapat bekerja dan skrang ibu mengandung 3 bulan.. Ya ALLAH, sekali lg hati disentap! Aku pernah mengandung dan aku tahu apa rasanya bila janin inginkan makanan dari ibu untuk membesar.. sedih btul nasib si ibu muda ini..
“kalau saya panggil awak bekerja dengan saya awak nak tak?”.. wajah si ibu kelihatan seri..diangguk segera sebagai jawapan.. “sy nak kerja, tp skrg mengandung mungkin bersalin awal tahun depan”..si ibu menulis.. faham akan maksud.. “tak pa, sy tak bagi kerja berat, yg penting awak bole cari nafkah untuk anak makan”..”bagi no telefon, nanti saya telefon”…
Sejak dr hari itu, sering teringat si kecil dan si ibu yg bisu.. Sebelum beredar, not wang dihulur..anak kecil itu memgangtangan dan menciuim..berdedar untuk pulang kerumag sambil berfikir apa yg bole membantu mereka supaya hidup lebih ceria.. lebih-lebih lagi di bulan ramadhan.. kuih-muih sudah mula banyak tempahan..perlu pembantu..tak lepaskan peluang ini untuk memberi tawarn buat si ibu muda itu..supaya dia tidak lgi meminta sedekah..dan ank nya tidak kelaparan.
Alhamdulillah, Allah maha pengasih dan penyayang, telah permudahkan urusan.. Si ibu bersetuju untuk memulakan perkerjaan secepat mungkin..dapatlah meringankan beban..boleh lah beli baju raya..
Semlam (sabtu 28.07.2012)
Hari pertama Meeza berkerja..setelah kian lama tak berjumpa. tubuh yg kecil itu menampakkan lagi perut yg berisi. sudah membesar bayinya, tatkala berjumpa dulu..tak nampak lg yg die mengandung. hari ini hanya melakukan kerja2 ringan, membantu buat kuih.. tlong terap..tlong bakar..uli-menguli msin dah buat..tlong pipekan kek dlm acuan.. boleh diharapkan.. wajah yg sayu.. seribu kepayahan..seribu kesusahan..ibu muda ini sgt dalam luka dihatinya..mungkin dek kerana pelbagai onak duri telah diharungi..
Setelah sehari bekerja, dr jam 1030-600 petg.. ada ketika , berhenti rehat..solat..dan baring-baring sementara menunggu kek masak.. tidak mahu terlalu membebankan dia.. ada ketika terdengar hadphone nya berbunyi.. die membuat 3G call dgn suami.. menghantar report barangkali..mereka berkomunikasi dlm bahsa isyarat..agak menarik..
Jam 6 petang bersiap2 untuk hantar Meeza pulang..ingin ku tahu di mana tempat tinggalnya..ingin ku tahu bagaimana keadaan keluarganya dirumah. anak2?.. keluar rumah singgah sebentar Bazar Ramadhan berdekatan. Membeli makanan dan minuman buat Meeza dan keluarga.
Menyusuri jalan ampang ketika itu, tidak lah jem sangat, tp bnyak kereta..org keluar mencari juadah berbuka puasa.. terus memandu..hmapir 10 minit dari simpang jln besar, masih belum tiba..erm..jauh juga rumah Meeza..terfikir td pgi jauh juga lah ibu mengandung ini menaiki bus..ade rase kesal..kerana membiarkan dia sndirian dtg dr tmpt yg jauh..
Akhirnya, tiba ke tempat yg dituju..
tertanya-tanya.. brapakah sewa nya rumah kedai ini.. RM400.. tak mampu katanya..bulan depan akan pindah mencari tempat lebih murah dan dekat dengan kemudahan mungkin.. meskipun bnyak kedai2 tp kawasan ini terletak jauh ke dalam diatas bukit..keadaan yg dikatakan rumah.. hanya sebuah ruang yg mempunyai sebuah khemah dijadikan tempat tidur beralas tilam nipis, sebuah peti ais kecil.. suami Meeza, sedang tidur kerana demam..anak kecil Meeza menemani. Hati ini tersentuh lg..bersyukur kerana diberi kehidupan yg lebih baik, namun mereka ini harus dibantu..
Anak kecil Meeza, menghantar pulang didepan pintu rumah. Dia memeluk ku sebelum pulang. Hati sebak.. Tak boleh lama disini kerana hati sudah mula hiba..ingin saja dibawa pulang ank kecil itu.
Di rumah Meeza, ada seorang kenalan yg singgah disitu. Sudah lama mengenali Meeza dan suami hampir berbebelas tahun. Sempat berbual sekejap bertanya tentang Meeza dan keluarga..katanya Meeza berkelulusan SPM dann mempunyai Sijil Pendidikan Khas. Sedikit kisah sedih tentang kehidupannya, apabila dia dibuang keluarga kerana dirinya yg cacat. Perpisahan ibu bapa nya menjadikan Meeza terpaksa seorang diri menongkah arus kehidupan. Apa yg bole dilakukan hanyalah meminta sedekah jika keadaan terpaksa. hendak mohon pekerjaan, siapa yg mahu ambil dgn keadaannya sebegitu. Aku berasa kecil hati akan manusia kini yg sangat mementingkan diri. Mengapa? Tidak ada pekerjaan langsungkah yg boleh diberi kepadanya?.. mengapa harus dibuang insan istimewa ini?..aku marah..marah pda manusia normal yg berhati TAK NORMAL!
Meeza bertemu dengan suami, seorang yg normal. namun tisak berpelajaran tinggi, hanya setakat darjah 6. Perkerjaan juga tak tentu. Kadangkala dibuang kerana tidak pandai. Mereka pernah ditipu apabila di bayar gaji RM5 sehari. Sampai hati manusia itu! Mereka ada ank kecil untuk di beri sesuap nasi. Mengapa tegar menipu insan yg serba kekurangan.
Meeza punyai 2 anak, namun seorang daripadanya telah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyaratkat untuk dijadikan anak angkat. Mungkin JKM terpaksa, kerana jika bersama mereka, hidup anak itu akan dhaif malah mungkin sakit jika tiada makanan. Aku..hanya mampu berdoa agar diberi ruang utnuk membantu Meeza lg. Mengharapkan yg dia akan memperbaiki kehidupannya.. Inginku katakan padanya yg masih ada lg ramai diluar sana yg berhati mulia untuk membantu insan seperti dia. Jangan lah dihukum mereka ini sebegini rupa. Berilah mereka ruang kehidupan. Kasihani lah anak kecil itu, juga yg bakal lahir.
menadah tangan berdoa,mohon keampunan atas kekhilafan diri..
“Ya ALLAH ya tuhanku, ampunkanlah atas dosa-dosa ku.. kerana telah menyalah anggap kepada kaum seagama ku.. bermohon kepadamu Ya Allah, agar ditetapkan hati, ditetapkan iman, tidak melaku bongkak dan lupa diri..Jauhkanlah hatiku dari bersangka buruk ..aku mohon keampunan dari mu Ya ALLAH.. hambamu ini terleka akan rentak duniawi.. hambamu mohon diberi petunjuk jalan ke arah yg di redhai.. Ya ALLAH ya Tuhanku, ku bermohon agar diberi nikmat rezeki yg halal, agar dapat membantu golongan fakir dan kurang upaya.. kau berkatilah kehidupan ku..kurniakan lah kesihatan yg baik agar aku dpt berjasa kepada umat Islam yg lain. Kau peliharalah akujauh dari kehidupan yg hina..jauhkanlah aku dari sifat2 mungkar.. Ku bermohon agar aku diberi peluang untuk meneruskan amalan yg baik untuk diriku dan umat Islam yg lain. Hanya engkaulah yg maha besar dan maha mengetahui...hanya padamu ku bersujud memohon keampunan. KAU TETAPKANLAH IMAN..KAU TETAPKANLAH HATI KU UNTUK MELAKUKAN PERKARA YG BAIK.. amin.. yarabbal a’lamin..”
0 comments:
Post a Comment