DONUT GEBU

Assalamualaikum..

DONUT..DONUT..DONUT.. erm..yg tengah diet tu lupekan diet anda sekejap.. perut berkeroncong cari kat dapur apa nak buat??... bila musim hujan ni, perut asyik berlagu je kan.. lalu pulak kat DUNKIN donut..perghh memang tak boleh tahan.. dah lama usha resepi nak buat donut.. tengok si Joe buat, mcm senang je kan.. apa lagi..barang ala-ala ada semua.. hari pertama buat sponge dulu.. esoknya dah bole menguli...

Makkkk aii, sampai berhari nak membuat donut!..urm xde lah berhari pon.. dah cikgu kate gtu, kite pon buat la.. kann... Actually donut sebenarnya buatnya simple je..sehari pon dah bole siap, janji die ade yeast, dia naik gebus, ok la... tapi kalini khaera saje nak cuba kelainan ckit..nak mencuba resepi dari blog luar negara.. nak tahu la juga apa beza kejadiannya.




Kalini ambil resepi dari JoePastry, klau nak tahu boleh terus ke page die. Bagus untuk org2 yg lemah nak membaca resepi panjang2 macm saya ni, hehehe.. tapi bab tengok gambar memang capt je tangkap.. Kat page ni ditunjuk step by step resepi nya, dan yg paling best semuanya bergambar, jadi mudah nak faham dan senang nak ikut. Especially yg suka dengan pastry, Joe ni mmg pakar dengan pastry, memng bagus untuk mendapat ilmu dan bahan2 pun mudah untuk dicari dan difahami.

Mula-mula, kita buat sponge nya dahulu dan biarkan semalaman, kemudian simpan dalam fridge. Sponge tu rupenye mcm ni:


bila dah siap buat sponge... dah boleh uli adunan tepung menjadi seperti ini ni pulak..


bila dah kembang 2x ganda... dah mcm span rasa die, dah boleh terap dan uli bentuk.

canai dan terap..

yg ni version bulat2..letak atas kain then bg die kembang sekali ganda lg..
resepi??... sat..na.. nt free baru tulis..tenet mcm siputt..tension je nk ber blog.. Layan gambar dulu ek.

selepas digoreng, kekuningan boleh lah dihias dengan coklat topping.

Jom tengok resepinye ye.

DONUT GEBU
Resepi asal Joe Pastry
dan telah diubah sedikit untuk mendapatkan kesesuaian tepung.

Bahan2 Sponge:
1 cup   all purpose flour
1/2 tsp instant yeast
2/3 cup air suam
1 biji telur

Kesemua bahan ini di campur dan dikacau sebati.. biarkan semalamam hingga adunan seperti berbuih. Boleh disimpan dlm peti ais, untuk digunakan esoknya.

Bahan2 Donut:
1 1/2 cup Tepung serbaguna
1 1/2 tsp instant yeast
1/2 cup susu tepung
1/4 teaspoon salt
2 1/4 tsp gula castor
1 biji kuning telur
2 tsp vanilla essence
4 tbsp salted butter (dilembutkan) 

Masukkan adunan sponge ke dlm standmixer, gunakan pengyangkuk roti, masuk kan kesemua bahan2 donut kecuali butter. Pukul atau uli adunan sehingga sebati dan lembut. biarkan seketika. masukkan butter dan uli hingga doh kenyal. uli dengan kelajuan sederhana. Biarkan seketika adunan, tutup dengan tuala basah dan biarkan selama sjam hingga doh kembnag 2 kali ganda.

Selepas adunan kembang, uli doh atas papas, uli dengan kayu dan leperkan. Terap doh berbentuk bulat. Susun atas loyang yg dialaskan kain, tunggu hingga donut itu kembnag dan goreng hingga kekuningan.. biarkan sejuk , taburkan gula aising atau coklat sebagai coated.

To be frankly, adunan ni mmg lembut dan spongy dan tidak berminyak. Memang patut untuk dicuba sebagai hidangan petang atau sarapan.



ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under , |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home





    Followers


Recent Comments