Apple pie & Happy birthday sayang

Assalamualaikum..


20.11.198...... oops.. tettttttt..shhhhh.. meskipon orang kate umur hanyalah satu nombor..yea betul.. tapi jika kite knali hakikat sebenar apa itu nombor, ia juga melambangkan satu jangkamasa... hari ni tahun ke 5 khaera menyambut ulangtahun kelahiran suami bersama. Dah hampir 6 tahun mengenali..uiii lame dah rupenye,,, see?? tu nombor jugak tu.. Alhmadulillah... kami masih bersama dan mempunyai seorang anak yg comellll sangat sangat.. yang selalu buat ummi and abah die tergelak..yg emmbuat ummi terasa sunyi bila die duk ngan wan & tok ayah die bila cuti sekolah..

Happy birthday to my beloved husband... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan berjaya dalam setiap kebaikan yg dilakukan.. terima kasih kerana bersama kami dan membimbing kami ke jalan yg diredhai Allah swt.

Hadiah?????????? hehehe..

Kek harini baru nk buat kot..hihihi..tapi semalam sempat buat nasi goreng special pedas untuk suami.. (permintaan nk pedas..) ..pastu buat apple pie. Dah lame rase nk buat apple pie ni..asyik beli kat kedai aje.. bila buat sendiri memang betul-betul puas hati..  Sambil duk melayan cerita P.Ramlee Keluarga 69, tangan pulak gatal rase nak buat sesuatu.. nampaknye apple pie jadi pilihan..resepi pun dah beberapa hari duk tinjau2..

Apple pie ni pun kegemaran keluarga,..tengok kat dapur, ada lg apple..should be the right thing klau buat apple pie kan..mula ingat nk buat apple pie single crust, tp tak jadi.. tukar fikiran buat apple pie pastry puff. pun sedap.. apple pie filling pun buat homemade je.

Nak resepi?..ok la..tengok kat bawah ni ye..


Apple pie filling recipe:
2 biji Apple (dipotong dadu)
1/4 cwan Gula perang
1/4 cwn Gula castor
1/2 tsp cinnamon powder
1/2 tsp nutmeg powder
1/4 cwn tepung gandum
1/2 cwn air biasa
1/8 cwn Air perahan limau
sedikit essence vanilla

Cara2 nya:
Masak kesemua bahan2 kecuali Apple...Kacau perlahan. masak sehingga pekat dan perang..  setelah mendidih masukkan apple. kacau lagi segingga apple mengeluarkan aromanya dan sebati dengan adunan. Sejukkan.

Pastry recipe:
boleh gunakan ready made pastry brand "kawan' tu.. atau klau rajin bole gunakan resepi di bawah.


  • 1 1/4 cwn tepung serbaguna (lebihkan sedikit untk semasa menguli doh)
  • 1/2 tsp garam
  • 1/2 tsp gula (tambah 1 tsp untuk doh yg lebih manis)
  • 8 tbsp unsalted butter
  • 3 tbsp air sejuk ais (tmbah jika perlu)
  •  Cara2 nya:
  • 1. Campurkan tepung, garam dan gula ke mangkuk pengadun. lebih mudah jika menggunakan food processor. gaul sebati.
  • 2. kemudian masukkan separuh butter yg telah dipotong cube. ramas2 adunan sehingga menjadi serbuk. habiskan bai butter dan ulang lagi. bagi yg menggunakan food processor anda hanya pulse untuk bebrapa ketika hingga menjadi serbuk.
  • 3. masukkan 2 sudu air ais dahulu dan uli hingga menjadi seketul doh. tambah air ais jika perlu. tekan doh hingga lembut. bahagikan bepada beberpa bebola doh.
  • 4. roll bebola doh nipis2. kemudian tabur kan baki tepung. roll pula bebola doh yg lain dan letak diatas doh pertama. kemudian ulanglagi roll berselangseli dengan taburan tepung sehingga doh habis dan boleh digunakan. 
  • 5. potong pastry mengikut acuan yg disukai, atau nak simpel potong 4 segi. letakkan apple pie filling ditengah dan lipat sebelah dan lekat kan sekeliling dan tekan dengan garfu.
  • 6. saapukan telur kuning + susu diatas pastry utuk mendapatkan lapisan atas yg kilat dan keemasan.
  • 7. bakar dengan suhu 150C selama 20minit atau sehingga puff masak kekuningan.


Haa.. senag je kan nak buat..? Ok, apple puff ni boleh juga di jadikan apple strudel atau apple pie. Cuma caranya shj sedikit berbeza dan terpulang kepada anda bagaimana nak olah.. Kalau nak jadikan apple strudel cuma perlu tambah sedikit apple cider dan canaikan doh sehingga nipis dan taburkan inti strudel dan gulung kan. inti boleh juga dipelbagaikan. klau anda suke kismis..bole letak..mana yg suka kacang pistachio..pun boleh je taburkan kacang yg dah dicincang tu..taburlah gula ckit atau serbuk badam.. mmg terangakat lah..

ok, khaera nak bgthu, untuk doh pastry ni,elakkan dari meletakkan terlampau banyak air. jadi letak skit2 supaya kita boleh kawal sukatan air dan butter pula semakin sejuk butter semakin rangup lapisan pastry kita nanti. doh pastry ini juga bole dsimpan didalam peti ais dan tahan lama. jadi, kalau kita tak nak guna lg boleh simpan dulu..nak guna keluarkan dari peti dan terap acuan yg disukai.


oopss..lagi satu..semasa rolling dan lapis tepung, pastikanlapisan setiap doh tidak terlalu melekat antara satu sama lain, supaya semasa membakar nampak lapisan2 pastry.


Rasanya dah cukup kut informasi tentang pastry dan apple pie ni. Cuma tiinggal untuk mencuba je. 
Daaa...


ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under , | 0 Comments

PULUT SERAWA DURIAN

Assalamualaikum...
Sunyi betul suasana di Kuala Lumpur.. MRR2, lengang..kenderaan pun laju bergrak.. tak nampak pun kelibat jammed. Public holiday la kate kan.. 

Rajin pulak kite update blog ni yer.. yer la..cuti..bole le update.. klau tak, menjeling pun xsempat..  Dah terlanjur ke pasar tani harini, ade pula menjual DURIAN.. O_o .. dlm kepala ni duk la memikir nak buat DURIAN CREPE..! yg tengah meletops skrg ni.. sane sini org duk buat.. kan..


Seangkatan dengan itu...tengok je durian dah tak bole tahan..ahahah.. encik abang kite tukang kopek and keluarkan isi.. katenye " klau buat pulut denga durian pun sedap ni".. heeehe..faham dah maksud tu.. 



Maka terjadi lah kisah pulit durian serawa VS durian crepe.. 



Dah publish terlupa pulak letak resepi nya.. nasib baik ade yg msg.. resepi tak de ke?..alohai ciannye.. ok lah kite tulis kan resepi nye yea.. anda bule cube.. klau tak pun, ade bnyak resepi lain kat internet yg kite bule cuba.paling dekat tanya je ibu kite.. hehehe tapi klau tanya kat org2 tua ni, satu yg payah nya dorang ni buat takde sukatan..main cempelom je masuk bahan2 dan ikut sesedap rasa hati..sebab tu org2 dulu masak apa pun sedap aje rase sebab dorang ni masak dari hati..kan..kan.. 

Pulut Serawa Durian

Serawa Durian

5 ulas             Isi durian bersama biji
200 gm        Gula melaka
1/8 cwn       Gula pasir  ( klau pakai gula melaka  yg pure kampung punye,  xpyah letak gula pasir dah, sebab dah cukup manis)
1 1/2 cwn    Santan pekat
1 cwn            Air
1 tbsp           Tepung gandum + 1/2 cwn air
2 helai        Daun pandan
1 tsp             Garam

Bahan2 Pulut

400 gm        Beras pulut
1 1/4 cwn    Santan
1/4 tsp         Garam halus
1 tbsp           Minyak jagung


Cara-caranya:
Serawa durian:
1. Masak gula melaka, air dan gula pasir hingga gula cair. Masuk daun pandan yg disimpul.
2.Air gula dah mendidih, perlahan kan api dan masukkan durian.

3.kemudian masukkan santan. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung gandum dan garam.
4.Masak hingga pekat dan rasa . tambah mane yg kurang.


Pulut:
1. Basuh dan rendam beras pulut setengah hingga sejam dalam air.
2. Panaskan air kukusan hingga mendidih dengan api sederhana.
3.Toskan beras. Masuk dalam bekas atau loyang. Tuang santan dan taburkan garam dan minyak. Gaulkan semua sebati.
4.Kukus beras pulut hingga masak. Sesekali garik kan dengan garfu supaya berat masak serata.


Boleh dihidang. Serawa durian juga sedap dijadikan sos untuk makan dengan roti.. yummm.. tertelan jap air liur sambil menaip..



Manis betul gula melaka yg hubby beli kalini, mungkin kena kurangkan sukatan lainkali.. almaklumlah umur makin meningkat.. exercise pun dah makin kurang sekarang.. mungkin nak cuba daun stevia.. tengok pada informasi yg ada ia amat baik bagi menggantikan kemanisan dlm makanan atau minuman.. tapi mana nak cari daun stevia ni?? ade sape2 yg bole bg info mana nak cari yea?..rasanya nak menanam lah pokok ni.. anyone?? please PM me yea.. amatlah di hargai.. =)



Apa sudah jadi ngan durian crepe??..huhuhu kite simpan untuk entry yg lain pulok yer..

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under , | 0 Comments

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah.. Selamat datang Muharram dan selamat tinggal Zulhijjah..
Masa berlalu terlalu pantas.. rasanya mcm tak cukup lg ibadah yg ingin dilakukan sebagai memenuhi buku catatan Hijrah 1433...apapun, sebagai umat Islam, kita telah cuba yg termampu, diharapkan semoga tahun baru akan menjadi tahun yg bertambah baik untuk amalan2 dan ibadah2 kita semua. Saya doakan kehidupan kita semua akan diberkati dan diredhai dan sentiasa dalam lindungan yg Maha Esa. Amin.

Sebagai bingkisan, Khaera titipkan doa akhir dan awal tahun, sama-samalah kita berdoa.
Doa yg dipetik dr sebuat laman web yg banyak memaparkan doa-doa seharian untuk kita jadikan rujukan. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.


DOA 1 (Akhir Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.
DOA 2 (Awal Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


Apabila menyebut tentang Awal Muharram pastinya ia menjadi sinonim dengan BUBUR ASYURA. di malaysia ni ade banyak versi. Tp kite letak kat entri ni salah satu lah diantara nya ye. Sebab perbezaannya agak ketara mungkin ramai yg sedia maklum bg yg di pantai timur lain bubur asyura nya, ia seakan-akan kuih bingka dan di selatan pula seperti bubur nasi yg ditabur dengan kekacang dan bahan2 lain sebagai taburan. Inilah keindahan Malaysia. pelbagai citarasa. Apapun, lazat menikmatinya.

Nanti Khaera uplod Resepi bubur asyura dan gambar nya sekali yea...

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

MENG "HARVEST" HASIL TANAMAN

Assalamualaikum..

Selamat beristirehat.. mesti ramai yg tegah bercuti-cuti, sibuk memikirkan nak membawa anak-anak kemana agakny..cuti sekolah bermula ibubapa mula la pening..mana taknye anak2 duk sibuk tanya nak jenjalan mana.. mana yg budget lebih tu bole la ke luar negara yea..mana yg budget tak berapa-berapa tu..dalam negara aje la.. alahai ape nak dirisau kan, Malaysia ni besar, banyak tempat2 menarik yg bole dilawati.. org omputeh tu pun exited je nak melancong ke Malaysia ni, kita org Malaysia sendiri perlu bangga dan sepatutnya kita lah yg perlu explore dulu apa yg ada kat negara kita ni.. Kadang tu ade yg bila ditanya, apa yg best kat Malaysia?? entah ..tak tahu..tak de yg best.. aduhai.. malunya..negara sendiri pun tak tahu..macam mane tu?


ini ler tukang petik nye.. dgn daun2 sekali die petik buat main msak2..tau2 je  dh slamat pokok2... ermm alahai batrisya.. nk bwk jalan2 cuace2 hujan ni lemah rasenye nk berjalan kan.. 

Sebenarnya banyak tau tempat menarik..antara kita nak ambil tahu atau tak je.. gunung ganang. hutan simpan. laut, sungai, zoo. tempat bersejarah, perkampungan org asli..haaa itu semua ada kat Malaysia dan dijaga dengan baik.. itu baru bab tempat..belum bab MAKAN.. ahaksss... ade yg bulat mata le tu.. o_O

Malaysia ni lah negara yg kaya dengan makanan dan hasil tanaman.. yg utara dengan laksa nya, buah mangga nya,yg timur pulak dengan keropok dan hasil ikan, selatan pulak dengan nenas dan asam pedas nya.. hahaaaa..kemain panjang bejela cakap psal tanah air sendiri.. padahal nk ckp pasal garden seciput kat balkoni rumah ni je.. harini as usual KL cuace lembap, almaklum la kejap2 hujan..kejap hujan.. harini duk jenguk2 tanaman cili, aittt dah banyak pulak yg dah meranum.. alahai pokok, dalam cuace yg tak menentu ni, nak juga dia mengeluarkan hasil.


Pokok cili ni suami yg tanam, bab2 menanam mmg kite serah pada suami je.. kite tangan panas. orang tua-tua kata tanam semua tak menjadi. kite cume ckp je nk tanam ape, proses menanam kite serah pada yg pakar..huhuh.. tp dengan keluasan balkoni khaera ni, tak lah bnyak yg boleh ditanam.. adalah beberapa jenis tanaman yg masih menunggu hasil nya. ada juga yg mati, mungkin tak berapa subur tanah nya ataupun cuaca juga memainkan faktor penting, mungkin juga benih yg tak berkualiti, maka pertumbuhan agak terbantut.

pokok serai

Tapi yg selalu kite harvest pokok cili kite tu..aduiii berimbun..nak buat masak lemak cili padi pun sedap ni. kalu org negeri dah terangkat dah.. buat cicah ikan bakar..kicap manis, bwang besar dengan cili potong..perghh berasappp!!


Alhamdulillah, banyak juga dapat harvest..ceh ceh..dh macam main game kat FB pulak harvest2 ek..ahaha..sorry khaera tak main game tu yea cume duk dengar kawan2 bercerita ..


CILI..CILI...!! Haa sape mulut laser tu kite cili kan aje mulut tu yer.. hehehe.. ajuk org tua2 ckp je..

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under | 0 Comments

Apam polkadot with custard filling

Assalamualaikum w.b.t



Lamanye tak update blog ni..mane tak nye.. busy...busy..busy.. kerja yg tak sudah2..nak jenguk blog sendiri pun tak tersempat.. tp klau dh ade yg meminta, tak sampai hati rase nye khaera nk menghampakan. Apam polkadot ni mmg ramai peminatnye. Ada satu lg yg best kat apam polkadot ni.. klau dah cuba sebiji, susahnya nak berhenti.. lepas sebiji,..sebiji lg..kemudian sebiji lagi.. tak sedar dah berlapis2 kertas cwn yg dah guna tu tesusun aje tunggu untuk dibuang... tahu tahu dah 10 biji masuk mulut rupenye..


Tapi untuk apam dot dot khaera ni, filling nye kite letak custard filling. Sebab dah selalu org letak filling strawberry or blueberry, apa kate kite cube vanilla custard. U ols semua pon bole cuba mempelbagaikan filling. As long as sedap je kat anak tekak u ols, libass jerr . Takde sape nye yg nk marah haihh.. nak buatnye pun mudah.



Wokeh.. mmg ada bnyak resepi kat tenet.. no problem, u ols bule cuba mana2 pon and hasilnya tetap marveles. begitu juga dengan corak2 kat atas apam tu.. Ade yg nk macam angry bird, ad yg lady bird, spongebob..its up to you yg penting masuk mulut sedappp....

Khaera buat apam dot dot ni guna resepi dari blog Kak CT Delima. yerrr, akak yg femes ngan kamera2 nyer tu.. I loikeee..bab2 gadget2 ni mmg Khaera suke juga.. especially kamera, tp setakat suke ajer la.. gambar2 kite ni pon pakai 650D jer..but alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan dan masih lg dlam proses menggodek2 specificationnya..

yerlah..yerlah.. nak resepi kan... jom..

Resepi asal bole klik kat blog Kak CT Delima

Bahan2 nye:

3     biji telur (yg telah disejukkan dlm fridge)
250 gm gula castor
250 gm tepung superfine
30   gm tepung gandum
2     tsp baking powder
1     tbsp ovelette
160 gm santan pekat / 1 kotak santan (kotak kecil)
2    tsp vanilla essence

Cara2 nya:
Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk pengadun. Pukul adunan dengan kelajuan maksima sehingga adunan kembang. Pastikan ovellette tidak berketul2 dan sebati dengan adunan.

Bahgikan adunan kepada bahagian2 untuk di warnakan.

Paipkan dalam papercup yg dialas dengan mangkuk steel yg sesuai supaya waktu megukus nanti adunan naik  dengan cantik dan tak banjir melimpah keluar.

Paipkan pula filling ditengah2. Kemudian paipkan semula adunan sehingga hampir penuh cup dan dot dot kan di atasnya.

Kukus dengan api yg sederhana selama 15minit. Jangan lupa alas penutup pengukus anda dengan kain bersih supaya air wap tak tiris diatas apam dot dot anda.


cuba bermain dengan pelbagai warna

paper cup siap disusun

anak dara sorang ni, apa ummi die buat, semua dia nak buat..tu tengah amek gambar latu konon2, kite punye tripod pon jadi...


hasil yg gebus..sangat memuaskan..




Bahan2 filling:
3 tbsp tepung custard
3 tbsp gula
1 cwn susu cair
1 bj telur
1/2 cwn air
1 tsp vanilla essence

Cara2 nya:
Masukkan semua bahan2 kedalam periuk. Masak dgn api perlahan sambil kacau perlahan sehingga adunan pekat dan likat. Sejukkan dan masukkan dlm piping bag. Sedia untuk di gunakan.



option filling,

Filling strawberry homemade.
Bahan-banahn:
500 gm strawberry fresh fruit ( di blend hingga hancur)
3 tbsp tepung jagung
3 tbsp gula
1 1/2 cwn air
1 tsp strawberry paste

Cara-cara:
Kesemua bahan dimasak hingga pekat dan sejukkan. juga boleh dijadikan jem roti atau waffles.
Strawberry bole jg digantikan dengan bluberry..mangga ke..terpulang.. 


sebelum menutup tirai khaera ingin mengucapkan "HAPPY DEEPAVALI" buat kaum India dan juga buat muslimin serta muslimat, SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM. Semoga kehidupan kita bertambah baik dan diberkati hendaknya. Selamat datang tahun baru.




ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under , | 3 Comments

CHOCOLATE MOUSSE ON MOIST CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum..


Sekarang ni musim hujan.. kt KL hari2 hujan..klau basuh baju tu mmg alamatnye kne dua kali jemur le gamaknye klau cuaca begiini.. Tapi bab hujan ni ade gak yg syok nye kan..rase nak buat taik mate jer.. Klau petang2 buat kek panas2 memang terangkat lah kan..

Moist Chocolate cake with chocolate ganache with chocolate mousse


Hari minggu hari rileks dari beban kerja yg tak berhenti2 malahan makin meningkat..aduii.nk patah pinggang rase tp ape kan daya dah nama kerja. tapi tempahan tetap diterima..hikhik klise je ayat..



Kek di tempah oleh saudara suami meraikan hari ulangtahun isteri dan anak comelnyer..

alor comeynyer Zufar.. gerammm kat pipi die!!


Kek yg diminta kek coklat berbentuk hati dan khaera variasi kan hiasan dengan coklat juga. Hasil pembelajaran ke kelas chocolate homemade dulu tak dilupakan dan cuba diaplikasi kan dlm decoration. Harap beliau puas hati dan gembira dgn hasilnya.




buat insan-insan yg istimewa


ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under , | 1 Comments
Newer Posts Older Posts Home





    Followers


Recent Comments