Khaera Ghanya Enterprise

Assalamualaikum wbt.
Syukur alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian ke hadrat ilahi. Dengan limpah kurnianya, Khaera sudah berada ke tahap ini. Tak pernah Khaera sangkakan secepat ini impian yg selama ini didambakan tercapai. Setelah 2tahun bergelumang dengan bakery, akhirnya impian untuk memperolehi syarikat sendiri termakbul juga. Mesti ade yg dah dapat agak kan.


Mungkin ada yg berkata, tak terlalu awal ke?..mungkin juga ya. mungkin juga tidak. dalam apa jua yg kita lakukan, kita perlu yakin. Khaera yakin keputusan khaera ini yg terbaik. Malah khaera juga telah melebarkan sayap ke sebuah lg cabang keusahawanan. Maka ini adalah satu permulaan perjalanan perniagaan khaera dengan lebih CONFIDENT apabila KhaeraGhanya didaftarkan di SSM.


Walaubagaimanapun, khaera mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sokongan , sambutan dan doa yg diberikan. Khaera bersyukur kerana masih diberi kekuatan dan ruang akal fikiran untuk berkarya dan berkongsi ilmu kepada teman2. InsyaALLAH khaera akan cuba memperbaiki dan meningkatkan taraf hasil kerja dan juga koleksi sentuhan yg cuba khaera tampilkan.


Di sebalik nama KhaeraGhanya. Khaera bererti kebaikan, diambil dr nama tuan empunya blog sendiri. Hehehe. Ghanya pula bererti kekayaan atau kemewahan. Wealthy gtuu.. huhuhu.. Dimana nama ini dipilih sebagai pencetus semangat untuk khaera mencipta kemewahan dari segi hasil kerja dan juga pendapatan. Tapi jgn risau, harga barangan di KhaeraCottage tidak mahal dan reasonable yea..


Paa asalnya ia didaftarkan dgn nama KhaeraCottage Ent, jd senang nak ingat sama dgn nama blog, akan tetapi memandangkan khaera menjalanan perniagaan bukan sahaja makanan, tetapi kepelbagaian produk lain maka mereka menasihatkan agar khaera menukar nama agar menjadi lebih global untuk semua aktiviti perniagaan yg khaera jalankan.
  
Di Khaeracottage  ini, khaera menampilkan pelabagai jenis bakery dan pastry yg dibuat sendiri dari rumah. Kini khaera menambah satu lagi agenda dimana di KhaerCottage juga menampilkan Koleksi-koleksi kain , tudung dan juga accessories wanita termasuk busana. Bukan itu sahaja, khaera juga kini tertarik dengan satu hobby baru iaitu manik.. Yes, entah kenapa lately kahera begitu tertarik dengan jahitan manik. but its just hobby. InsyaALLAH khaer akan kongsikan semuanya bersama.


Kini khaera telah memiliki sebuah syarikat dimana semua yg khaera lakukan di KhaerCottage ini adalah dibwah milik sepenuhnya oleh KhaeraGhanya Enterprise. Khaera mengharapkan sokongan dari rakan2 dan semua yg mengenali khaera, yg follow blog khaera. InsyaALLAH khaera akan cuba memperbaiki menjadi yg terbaik dari masa ke semasa.


Akhir kata, salam hormat dr Khaera,










Nantikan pelbagai koleksi baru dr khaera yea!!

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home





    Followers


Recent Comments