NESTUM RANGUP

Salam,

seperti yg dijanjikan, nak letak entry pasal biskut ni. khaera dah lama nak buat biskut ni. Tapi tak buat-buat. asyik belek-belek majalah berkali-kali. Akhirnya kentalkan hati buat jugak. Biskut ni antara yg khaera highlighted nak cuba. Lama dah beli majalah, duk pendam rasa je bila lah nak mencubanye. Alhamdulillah, sampai juga seru nak buat.

Rasa biskut ni unik, ada rasa nestum dan kelapa. Lemak, masin dan rangup. Orang buat biskut nak raya ye. Tapi apa salahnya, lagipun biskut ni sedap, sesuai dimakan bila-bila masa pun. Anak dara sy yg sorang tu asyik la duk mintak ummi nak bicikut katenye..ermmm.. Mungkin sebab ada chocolate diatasnya kan..khaera buat 2 version, dengan white chocolate dan milk chocolate.
Fresh dari oven. Hasil yang ditunggu-tunggu. U can see that.. isi-isi yg terserlah kelihatan..i loike.. i loike..
resepi.. dari majalah. Oklah, dah tengok gambar, kita tengok resepi pulak ek..

BISKUT NESTUM RANGUP
Source:SAJI Keluaran khas Ogos 2011
Resepi: Chef Lusiana Adnin

Bahan-bahan:
200gm mentega
70gm gula halus
1bj kuning telur
30gm tepung jagung
200gm tepung gandum
20gm badam kisar
60gm nestum
20gm emping kelapa
1/2 sudu makan esen vanila

Cara-cara:
1.Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang.
2.Kemudian masukkan kuning telur. Pukul sehingga sebati.
3.Selepas itu masukkan pula tepung jagung, tepung gandum, badam kisar, nestum, emping kelapa dan juga esen vanila. Uli sampai menjadi doh.
4.Canai dan terapkan mengikut acuan yg disukai.
5.Bakar pada suhu 170 darjah celcius sehingga kekuningan. Hiaskan dengan coklat cair.


Rasa yg tak mengecewakan. Terima kasih kepada Chef Lusiana kerana prepare resepi ni. Boleh tengok websitenya juga disini. Chef ni juga menyediakan catering. Pelbagai jenis makanan, khaera tertarik dengan chinese food halal yg disediakan. Juga kredit kepada Majalah Saji Keluaran Khas Ogos 2011.

ANDA SUKE?? Y DON'T U www.tips-fb.com (^-^) thank you!!
posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home





    Followers


Recent Comments